X berdepan serangan siber

SAN FRANCISCO – Platform media sosial, X berdepan serangan siber besar-besaran, kata pemiliknya Elon Musk.

Serangan itu sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, keputusannya menghentikan ramai kakitangan ketika mengambilalih X juga mungkin menyebabkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pekerja Twitter (sebelum bertukar nama kepada X), yang ketika itu menguasai rangkaian media sosial.

Mengikut laman Downdetector, laporan berhubung gangguan dihadapi X bermula awal pagi semalam dengan pengguna di Asia, Eropah dan Amerika Utara memberitahu mereka tidak dapat mengakses platform terbabit.

“Masih berlaku serangan siber besar-besaran terhadap X,” katanya dalam catatan di platform terbabit.

Musk yang juga pemilik SpaceX dan Tesla, turut menyalahkan serangan siber berikutan gangguan ketika wawancara secara langsungnya dengan Presiden AS, Donald Trump, tahun lalu, tetapi tidak mengemukakan sebarang bukti mengenainya.

Musk berkongsi hantaran daripada akaun bernama DogeDesigner yang melihat serangan siber terbaharu itu sebagai satu lagi permusuhan terhadapnya dengan membantah kepimpinannya dalam Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) dan vandalisme di Tesla.

Terdahulu, Anadolu Ajansi (AA) melaporkan platform media sosial X mengalami gangguan pada Isnin, menjejaskan ribuan pengguna di seluruh dunia.

Kira-kira 90,000 pengguna X melaporkan masalah pada dua waktu berasingan sepanjang hari.

Downdetector mengumpul data daripada laporan yang dikemukakan oleh pengguna, yang bermakna bilangan sebenar pengguna terjejas mungkin lebih tinggi.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment