Tidak berasas sengaja dibakar

NILAI 22 Feb.  – Dakwaan bahawa gudang dan kedai karpet di Nilai 3 sengaja dibakar bagi mendapatkan pampasan insurans. semalam adalah tidak berasas. Pengarah urusan J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri. “Sekarang ini adalah waktu paling terbaik untuk peniaga karpet seperti kami dapatkan keuntungan berganda kerana orang dah mula buat persiapan raya,” katanya  seperti dilaporkan Sinar Harian. Menurutnya, boleh dikatakan setiap hari ada kontena membawa masuk karpet baharu ke premisnya untuk jualan sempena Aidilfitri nanti. Bagaimanapun…

Read More

Cukuplah berbohong – Dr. M

SEPANG 22 Feb. – Dr Mahathir Mohamad sekali lagi membidas Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berhubung isu kerajaan menghalang beberapa pemimpin asing bertemu beliau. Menerusi satu hantaran di Facebook bertajuk ‘Cukuplah berbohong’, bekas Perdana Menteri itu secara sinis berkata, Anwar boleh menafikan dakwaan itu, namun pada masa sama beliau menasihati Perdana Menteri supaya berhenti berbohong. “Tak cukup lagikah rata-rata orang dah label dia sebagai orang yang setiap kali buka mulut, mesti bohong. Kemudian dia ulang lagi pasal anak saya mempunyai harta RM1.2 bilion. “Ini dia asaskan kepada kenyataan (Ketua Pesuruhjaya) SPRM,…

Read More

Sultan Ibrahim selamat tiba di tanah air

SUBANG 22 Feb. – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada pukul 7 pagi ini selepas menjalani rawatan di luar negara. Menurut hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan tiba Sultan Ibrahim disambut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Zailani Hashim; Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara,  Azuan Effendy Zairakithnaini dan pegawai-pegawai Istana Negara. Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat yang menitipkan doa buat kesihatan Seri Paduka Baginda. Terdahulu, Istana Negara menerusi kenyataan…

Read More

Larangan rekod jemaah solat tarawih

JEDDAH – Kerajaan Arab Saudi dilaporkan mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah itu berlangsung. Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini. Larangan ini bukan sahaja terpakai untuk solat tarawih sepanjang bulan Ramadan, tetapi juga untuk semua solat berjemaah di masjid. Ia bertujuan untuk memastikan kesucian masjid, mencipta suasana yang kondusif bagi menjalani ibadah, serta menjamin keselesaan jemaah yang hadir. Kementerian juga menekankan pentingnya imam dan khatib untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan dan…

Read More

Netanyahu arah tingkat operasi

BAITULMAQDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengarahkan pihak tentera meningkatkan operasi di Tebing Barat ketika beliau melawat pasukan tentera Israel di wilayah itu,semalam. Lawatan Netanyahu ke kem pelarian Tulkarem di utara Tebing Barat dibuat selepas berlaku letupan ke atas beberapa buah bas, Khamis lalu. Pejabat Perdana Menteri Israel dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Netanyahu mengarahkan lebih banyak operasi di utara Tebing Barat dilakukan sebagai tindak balas terhadap insiden letupan berkenaan. Beberapa hari selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada 19 Januari lalu, Israel melancarkan operasi ketenteraan berskala besar…

Read More