Cuti am tambahan hari raya

KOTA KINABALU 15 Mac – Kerajaan mengumumkan satu hari cuti am tambahan sama ada Hari Raya Aidilfitri tahun ini jatuh pada Jumaat atau Sabtu bergantung kepada pengumuman rasmi tarikh 1 Syawal 1447.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan demikian berkata cuti pada 23 Mac (Isnin) diberikan jika 1 Syawal jatuh pada 20 Mac (Jumaat), manakala cuti sehari lebih awal iaitu pada 20 Mac jika 1 Syawal pada Sabtu (21 Mac).

“Sama ada Aidilfitri disambut pada Jumaat atau Sabtu, jangan bimbang, kita beri cuti tambahan Hari Raya. Kalau raya pada Jumaat, maka cuti tambahan pada Isnin 23 Mac, kalau raya pada Sabtu, cuti tambahan Jumaat, 20 Mac.

Kita buat pengumuman awal supaya orang ramai boleh buat perancangan cuti Aidilfitri,” katanya pada perasmian Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2026, di sini, hari ini.

Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 19 Mac di 29 lokasi di seluruh negara dan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan akan diisytiharkan pada malam itu juga.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Sebelum ini tular di media sosial, kebimbangan masyarakat bahawa 1 Syawal pada tahun ini akan jatuh pada 20 Mac (Jumaat) berbanding jangkaan pada 21 Mac (Sabtu).

Ia bakal mengulangi situasi pada 2022 apabila hari pertama Aidilfitri disambut secara ‘terkejut’ apabila jatuh sehari awal daripada jangkaan.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment