SUBANG 22 Feb. – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada pukul 7 pagi ini selepas menjalani rawatan di luar negara.
Menurut hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan tiba Sultan Ibrahim disambut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Zailani Hashim; Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Azuan Effendy Zairakithnaini dan pegawai-pegawai Istana Negara.
Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat yang menitipkan doa buat kesihatan Seri Paduka Baginda.
Terdahulu, Istana Negara menerusi kenyataan pada 18 Februari memaklumkan Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan muskulosletal (otot dan tulang) di luar negara.
Nnn