KUALA LUMPUR 14 Feb. – Saudia Airlines (Saudia) memeterai perjanjian penerbangan sewa khas haji selama lima tahun bersama Lembaga Tabung Haji (TH) untuk menyediakan operasi membawa jemaah dari Malaysia. Majlis yang berlangsung di Menara TH di sini ditandatangani Pengurus Besar, Pengurusan Hasil dan Jualan Haji dan Umrah Saudia, Amer G Alghamdi, manakala TH pula diwakili Ketua Jabatan Haji, Mohd Hisham Harun. TH dalam kenyataanya memaklumkan, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman turut hadir menyaksikan majlis menandatangani perjanjian berkenaan. Syed Hamadah berkata, kerjasama yang terjalin…
Read MoreDay: February 14, 2025
Tolak cadangan pecah jawatan Menteri Agama
PUCHONG 14 Feb. – Kerajaan menolak cadangan Ahli Parlimen DAP dari Raub, Chow Yu Hui supaya portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecah kepada dua. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, ketika ini memadai dengan menteri dan jawatankuasa sedia ada yang menguruskan hal ehwal Islam serta agama lain. Katanya, Jemaah Menteri juga tidak bersetuju dan kenyataan Ahli Parlimen Raub itu adalah suara peribadi tidak dipersetujui oleh mana-mana dalam kerajaan apa lagi dalam Jemaah Menteri. “Soal pelantikan ini seperti yang kita tahu budi bicara Perdana Menteri dan itu tidak…
Read MoreKerja separuh hari Jumaat Ramadan
KUANTAN 14 Feb. – Waktu bekerja bagi penjawat awam di negeri ini pada setiap Jumaat sepanjang Ramadan akan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari, demikian titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Baginda bertitah, Kerajaan Pahang melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil. 6/2025 pada 5 Februari lalu bersetuju dan meluluskan cadangan itu. “Keputusan dan kemudahan yang diberikan ini adalah untuk memberi peluang kepada penjawat awam memanfaatkan lebih masa bersama keluarga sepanjang Ramadan, di samping memuliakan Jumaat penghulu segala hari,” titah baginda. Al-Sultan bertitah demikian ketika berangkat merasmikan Majlis…
Read MoreBerita pilihan…
Cadangan baharu kerjasama ASEAN-China
JAKARTA – China mengemukakan cadangan baharu bagi meningkatkan kerjasama dengan ASEAN dalam pelbagai bidang sebagai sebahagian usaha untuk mengukuhkan Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) mereka. Ini termasuk kerjasama maritim, kecerdasan buatan, pengangkutan, ekonomi biru, kesihatan wanita dan kanak-kanak dan alam sekitar. Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31, yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar Malaysia, Amran Mohamed Zin dan Naib Menteri Luar China, Sun Weidong di Bandar Ningbo, China semalam.. Mesyuarat dihadiri oleh pegawai kanan daripada negara anggota ASEAN atau wakil mereka, bersama Timbalan Setiausaha Agung ASEAN…
Read MorePeraturan bawa ‘powerbank’ dalam pesawat
SEOUL – Mulai bulan depan, penumpang yang menaiki pesawat syarikat penerbangan Korea Selatan dilarang menyimpan ‘powerbank’ dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas tempat duduk. Menurut laporan media, Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan mengumumkan piawaian keselamatan baharu bagi penggunaan bateri litium-ion dan rokok elektronik untuk syarikat penerbangan domestik, berkuat kuasa 1 Mac. Kesemua langkah itu diperkenalkan sebagai tindak balas kepada kes kebakaran besar di atas pesawat Air Busan sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan bulan lepas. Semasa penerbangan, powerbank dan rokok elektronik mesti diletakkan di dalam…
Read More