JUMLAH keseluruhan kematian rakyat Palestin akibat perang pembunuhan beramai-ramai Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 47,583, susulan penemuan 28 lagi mayat di bawah runtuhan di Semenanjung Gaza.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, jumlah korban terkini termasuk seorang yang meninggal dunia akibat kecederaan dan dua lagi ditembak mati oleh tentera Israel.
Manakala, empat orang yang cedera pula dimasukkan ke hospital dalam tempoh 24 jam yang lalu, meningkatkan jumlah yang cedera kepada 111,633 mangsa akibat serangan Israel.
“Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana pasukan bantuan tidak dapat melakukan misi menyelamat,” kata kementerian itu.
Menurut angka yang dikeluarkan oleh kementerian itu, kira-kira 562 mayat telah ditemukan daripada runtuhan sejak perjanjian gencatan senjata diadakan di Gaza pada 19 Januari lalu.
Perjanjian itu menghentikan perang Israel yang telah menyebabkan kemusnahan meluas di wilayah terkepung itu.
Nnn