DAPSY tolak laksanakan semula GST

PETALING JAYA 5 Feb. – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) membantah cadangan dilaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang didakwa tidak sesuai buat masa ini kerana pendapatan rakyat masih di tahap yang rendah. Setiausaha Kebangsaan DAPSY, Lim Chun Weng, berkata walaupun GST adalah sistem cukai yang lebih berkesan dan adil, namun rakyat berpendapatan rendah akan membayar bahagian lebih besar berbanding mereka berpendapatan tinggi. “Jumlah RM100 dari golongan pendapatan rendah adalah lebih tinggi nilainya berbanding dengan yang berpendapatan tinggi. Pendapatan rakyat Malaysia masih rendah, gaji rakyat Malaysia pada waktu ini adalah…

Read More

Sidang bincang cadangan AS ambil alih Gaza

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Perikatan Nasional (PN) mendesak supaya satu sidang khas Parlimen diadakan dengan segera bagi membincangkan isu masa depan Palestin susulan kenyataan Donald Trump  bahawa Amerika Syarikat (AS) akan mengambil alih Semenanjung Gaza selepas rakyat Palestin dipindahkan ke negara lain Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota), berkata kenyataan Presiden AS itu menunjukkan suasana sudah menjadi semakin ‘gila’, di mana rancangan itu bukan saja akan membawa kepada pembersihan etnik sepenuhnya, malah akan mengubah geopolitik dunia. “Ini pembersihan etnik sepenuhnya, yang tidak pernah berlaku dalam dunia. Ia akan mengubah geopolitik dunia,…

Read More

AGC fail usul rayu keputusan Mahkamah Rayuan

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Jabatan Peguam Negara (AGC) semalam memfailkan notis usul bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung semakan kehakiman Najib Razak berkaitan isu Titah Adendum. Notis usul itu difailkan selepas kira-kira sebulan Najib berjaya mendapat kebenaran untuk memulakan prosiding semakan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung penolakan permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah. AGC melalui kenyataan hari ini memaklumkan notis usul difailkan itu bertujuan memastikan hak yang diperuntukkan oleh undang-undang dapat dilaksanakan sepenuhnya. Keputusan memfailkan…

Read More

Rombakan dasar visa Arab Saudi

RIYADH –  Arab Saudi mengumumkan rombakan dasar visa secara besar-besaran yang mengehadkan pengembara dari 14 negara kepada visa kemasukan tunggal untuk pelancongan, perniagaan dan lawatan keluarga, mulai 1 Februari lalu. Media antarabangsa melaporkan, dasar itu akan menggantung visa berbilang kemasukan (MEV) satu tahun untuk Algeria, Bangladesh, Mesir, Ethiopia, India, Indonesia, Iraq, Jordan, Maghribi, Nigeria, Pakistan, Sudan, Tunisia dan Yaman. Menurut pihak berkuasa tempatan, perubahan itu yang bersifat sementara itu didorong oleh keperluan untuk membanteras jemaah haji haram. Sesetengah pelawat bawah program visa jangka panjang, memilih menetap lebih lama untuk bekerja…

Read More

Garis panduan sertai acara bukan Islam

KUALA LUMPUR 5 Feb  – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang memuktamadkan garis panduan khusus berkaitan penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan, upacara kematian, kunjungan dan penganjuran majlis di rumah ibadat selain Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata garis panduan ini akan dimuktamadkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali ke-126 yang dijadual berlangsung pada 25 hingga 27 Februari ini. Katanya, garis panduan itu yang melengkapi garis panduan 2005 akan diperkenalkan supaya penglibatan…

Read More

Rundingan Fasa 2 gencatan senjata

GAZA CITY – Hamas mengesahkan rundingan fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza dan pertukaran tahanan telah bermula dengan tumpuan kepada perlindungan, bantuan serta usaha membangunkan semula kehidupan rakyat di Gaza. Jurucakap kumpulan itu, Abdel Latif al-Qanoua, dalam satu kenyataan berkata, perlindungan dan bantuan kemanusiaan adalah keutamaan mendesak yang tidak boleh tertakluk kepada kelewatan oleh Israel. Qanoua menegaskan bahawa usaha membangunkan semula hospital, membaiki jalan raya serta memulihkan telaga air adalah penting bagi menghidupkan kembali Gaza selepas kemusnahan besar akibat perang Israel. Israel pada awal Selasa menyatakan bahawa pihaknya akan menghantar…

Read More

Singapura rancang bantuan ketujuh ke Gaza

SINGAPURA – Singapura merancang untuk menghantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza melalui Jordan yang mengandungi makanan, bekalan penting, dan bekalan perubatan. Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan memberitahu Parlimen,  aturan penghantaran bantuan telah disahkan dengan rakan sejawatannya dari Jordan, Ayman Safadi. “Ia akan diangkut menggunakan pesawat Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) Tentera Udara Republik Singapura (RSAF), dan kami akan menyerahkannya kepada rakan kongsi kami di Jordan,” katanya. Beliau menjawab Soalan Parlimen yang dikemukakan Ahli Parlimen (MP) West Coast GRC, Ang Wei Neng serta soalan tambahan oleh beberapa MP yang lain. Balakrishnan…

Read More