Kadar kebolehjangkitan naik

PUTRAJAYA 9 Mei – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam naik mendadak kepada 0.64 berbanding 0.54 kelmarin.

Bagaimanapun sembilan negeri mengatasi atau menyamai kadar kebangsaan itu dengan didahului Pulau Pinang yang merekodkan 0.82.

Ini diikuti Melaka 0.80, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.74, Kedah, Kelantan 0.70, Johor 0.69, Pahang 0.68, Sabah 0.65 dan Sarawak 064.

Manakala Perak mencatatkan 0.62,Negeri Sembilan 0.60, Terengganu 0.57 dan Selangor 0.54.

Sementara itu Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan tujuh kes, Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis masing-masing enam kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment