Kebun sayur warga asing diserbu

PUTRAJAYA 10 Jan. – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menggempur kawasan kebun sayur berkeluasan sekitar lima hektar di Telok Panglima Garang, Selangor yang diusahakan oleh warganegara asing dari Bangladesh dan Pakistan. Warganegara  asing yang mengusahakan kebun sepanjang Jalan Halia Muda, Kampung Johan Setia, itu berselindung di sebalik Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sektor pembinaan yang tamat tempoh pada 9 Januari lalu. Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban berkata, operasi dengan kekuatan seramai 69 pegawai pelbagai pangkat memeriksa seramai 70 individu yang terdiri daripada warganegara asing dan seorang warganegara tempatan. Dalam kenyataannya, beliau…

Read More

64,260 dianggar terbunuh di Gaza

LONDON – Jumlah kematian di Gaza akibat serangan tentera Israel mencecah 64,260 orang, lebih tinggi berbanding lebih 46,000 orang, jumlah yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin. Anggaran itu terkandung dalam analisis statistik yang diterbitkan jurnal perubatan terkemuka, The Lancet. Menggunakan kaedah statistik dipanggil ‘capture-recapture analysis’, penyelidik dari Pusat Kebersihan dan Perubatan Tropika London, Universiti Yale dan beberapa institusi lain menilai jumlah kematian dalam tempoh sembilan bulan pertama perang bermula Oktober 2023 hingga akhir Jun 2024. Menurut kajian itu, kira-kira 59.1 peratus adalah wanita, kanak-kanak dan individu berusia lebih 65 tahun,…

Read More

75 kanak-kanak maut dalam 7 hari

NEW YORK – Dalam tempoh tujuh hari pertama tahun ini, sekurang-kurangnya 75 kanak-kanak terbunuh akibat keganasan tentera Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza, termasuk serangan ke atas zon selamat yang ditetapkan secara unilateral. Pengarah Eksekutif Agensi Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Catherine Russell, berkata lapan bayi baru lahir meninggal dunia sejak 26 Disember tahun lalu akibat hipotermia, manakala lebih sejuta kanak-kanak Gaza tinggal di khemah sementara yang tidak dapat menahan suhu sejuk. “Pihak kami sudah lama memberi amaran bahawa tempat perlindungan yang tidak mencukupi, kekurangan akses kepada pemakanan dan penjagaan…

Read More

Pelarian Rohingya tiba di Acheh

JAKARTA – Lebih 200 orang etnik Rohingya tiba di perairan wilayah Peureulak Barat Aceh Timur di pulau Sumatera, di sebelah barat Indonesia semalam ketika berlaku peningkatan jumlah ketibaan melalui laut penduduk tanpa kerakyatan itu. Seorang pegawai di agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR), Faisal Rahman, berkata pihaknya sedang berkoordinasi dengan pihak berkuasa tempatan dan pasukannya menuju ke sana untuk tindakan lanjut. Menurut rekod, antara Oktober dan November tahun lalu, lebih 500 Rohingya tiba di Indonesia dengan menaiki bot. Hampir sejuta Rohingya tinggal di kem di Bangladesh dalam apa…

Read More

Korea Utara didakwa lancar serangan

SEOUL – Korea Utara hari ini didakwa melancarkan peluru berpandu balistik ke arah perairan Laut Timur atau Laut Jepun. Menurut tentera Korea Selatan, Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik yang tidak diketahui ke arah Laut Timur. Pelancaran yang dibuat hari ini berlangsung ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) yang akan berundur, Antony Blinken sedang melawat Seoul untuk berbincang dengan beberapa menteri utamanya.. Pelancaran peluru berpandu balistik itu adalah pertama dilakukan Pyongyang tahun ini dan selepas kali terakhir pada November apabila ia menguji apa yang dikatakannya sebagai peluru berpandu balistik antara…

Read More