KUALA LUMPUR 18 Jan. – Mesyuarat pertama Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu petang ini memutuskan pelantikan lima ahli baharu MPT dan ketua-ketua badan pimpinan negeri serta timbalan masing-masing. Setiausaha Agungnya, Mohamed Azmin Ali, berkata ia menggabungkan pimpinan muda, profesional dan yang berpengalaman yang diyakini akan membantu memperkukuhkan organisasi parti dan meneruskan idealisme Bersatu. Katanya, lima ahli MPT berkenaan adalah Harisson Hassan (Bahagian Kuala Selangor); Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Kepala Batas); Danni Rais (Jelebu); Alkaf Jaziri Abdillah Suffian (Santubong) dan Noh Omar (Tanjung Karang). Azmin berkata, persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN)…
Read MoreDay: January 18, 2025
Umrah: Syarat jaminan bank RM250,000
PUTRAJAYA 18 Jan. – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang meneliti secara menyeluruh bagi mewajibkan syarikat pengendali umrah mempunyai jaminan bank sekurang-kurangnya RM250,000. MOTAC yang kecewa kerana masih ada syarikat pengendali umrah yang tidak bertanggungawab memaklumkan dasar yang akan dimuktamadkan kelak itu diharapkan dapat dikuatkuasakan secepat mungkin. Langkah berkenaan susulan kes penipuan yang semakin kerap dan serius manakala jaminan bank bagi syarikat-syarikat pengendali termaktub dalam Peraturan-peraturan Industri Pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482). “Untuk pengendali berskala besar pula, jaminan bank ini akan dinaikkan mengikut saiz operasi…
Read MorePukul OKU, Pemuda UMNO sedia peguam
SEPANG 18 Jan. – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menawarkan khidmat peguam secara percuma kepada seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang terlibat dengan kejadian pukul di Kemaman, Terengganu pada Jumaat lalu. Beliau telah mengarahkan Exco Pemuda UMNO dan Peguam Pemuda UMNO untuk membantu serta mencari lelaki tersebut di Terengganu dalam masa terdekat. “Kita nak pastikan mereka yang buat perkara tak ada hati perut ini dikenakan tindakan undang-undang setimpal mungkin. Pemuda UMNO, kita sudah beri komitmen. “Kita akan mengupah peguam untuk bantu abang ini dan pastikan mereka yang…
Read MoreLebih 700 jemaah M40 dikategori B40
KUALA LUMPUR 18 Jan. – Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan tuduhan di media sosial kononnya institusi itu menzalimi bakal haji melalui tawaran haji musim 2025M/1446H. Dalam kenyataannya, TH memandang serius tuduhan memburukkan reputasi dan menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya. Menurut TH, pihaknya menerima dan mengkategorikan semula lebih 700 golongan M40 seperti suri rumah, pelajar dan warga emas kepada golongan B40 selepas menerima rayuan berserta bukti mereka adalah daripada golongan terbabit. Untuk makluman, sejak 2022 TH menyemak silang maklumat bakal haji…
Read MoreHam : Tunggu pengumuman KPDN
KUALA LUMPUR 18 Jan. – Keputusan laporan sampel produk sandwic ‘ham dan cheese’ yang dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa Isnin lalu, kini diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, semua pihak perlu menunggu pengumuman daripada KPDN terhadap sampel yang sudah dihantar itu. “Berkaitan dengan isu terkini ataupun apa yang berlaku di Universiti Malaya (berkaitan) sandwic ‘ham dan cheese’, saya maklumkan di sini bahawa (Bahagian) Hal Ehwal Pengguna (HEP) KPDN sudah menghantar sampel…
Read MoreMOTAC tentukan tindakan ke atas syarikat
KUALA LUMPUR 18 Jan. – – Terserah kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk memutuskan penarikan balik atau pembatalan lesen syarikat yang gagal memenuhi pakej umrah yang ditawarkan kepada jemaah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata, kuasa membatalkan lesen mana-mana syarikat pelancongan termasuk yang mengendalikan umrah, adalah di bawah bidang kuasa MOTAC. “Apapun, masyarakat diminta berhati-hati dalam memilih pakej umrah. Pastikan pengendali adalah berdaftar dengan MOTAC, dan jangan mudah terpengaruh dengan tawaran harga yang kelihatan terlalu murah. Tawaran seperti ini sering menjadi…
Read More3 ditahan bantu siasatan pukul OKU
KEMAMAN 18 Jan. – Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan susulan kejadian seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dipukul di tapak jualan pasar tani di Chukai, dekat sini pada Jumaat. Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Wan Muhammad Wan Jaafar, berkata, suspek ditahan untuk siasatan ketika datang ke Ibu Pejabat Polis daerah Kemaman kira-kira pukul 8 malam “Mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 60 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya dalam satu kenyataan. Dalam kejadian itu, mangsa lelaki OKU yang menunggang…
Read MoreBerita pilihan…
AS kekal larang TikTok
WASHINGTON – Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) sebulat suara mengekalkan undang-undang yang melarang penggunaan TikTok yang mempunyai 170 juta penggunanya di AS atas alasan keselamatan negara. Keputusan itu meletakkan platform media sosial itu dalam keadaan tidak menentu dan nasibnya kini bergantung kepada Donald Trump, yang berikrar akan menyelamatkan TikTok selepas kembali memegang jawatan Presiden AS pada Isnin. Undang-undang itu diluluskan dengan majoriti bipartisan besar di Kongres tahun lalu dan ditandatangani Presiden Joe Biden, walaupun semakin ramai ahli perundangan yang sebelum ini menyokongnya kini mahu TikTok terus beroperasi di AS. Susulan…
Read MoreKabinet Israel lulus gencatan senjata
BAITULMAQDIS – Kabinet Israel meluluskan perjanjian dengan kumpulan pejuang Palestin, Hamas, untuk gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Semenanjung Gaza, selepas lebih enam jam bermesyuarat. Pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, mengumumkan perkara itu sehari sebelum perjanjian itu dijadualkan bermula. Kerajaan meluluskan perjanjian itu yang berpotensi membuka jalan untuk mengakhiri perang yang kini sudah berlangsung selama 15 bulan di wilayah Palestin yang dikuasai Hamas. “Kerajaan sudah meluluskan rangka kerja untuk pemulangan tebusan. Rangka kerja bagi pembebasan tebusan akan berkuatkuasa pada hari Ahad,” kata pejabat Netanyahu dalam satu kenyataan ringkas. Dalam pada…
Read More