KEMAMAN 18 Jan. – Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan susulan kejadian seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dipukul di tapak jualan pasar tani di Chukai, dekat sini pada Jumaat.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Wan Muhammad Wan Jaafar, berkata, suspek ditahan untuk siasatan ketika datang ke Ibu Pejabat Polis daerah Kemaman kira-kira pukul 8 malam
“Mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 60 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam kejadian itu, mangsa lelaki OKU yang menunggang motosikal dikatakan melanggar sebuah gerai jualan di situ kira-kira pukul 9.30 pagi.
Pelanggaran menyebabkan barangan jualan seorang peniaga tumpah dan terjatuh sebelum mangsa dipukul beberapa lelaki sehingga cedera.
Mangsa yang juga OKU ketidakupayaan mental dibawa ke Hospital Kemaman dan dirawat sebagai pesakit luar.
Nnn
