Day: January 17, 2025
Blinken yakin gencatan senjata dilaksana
WASHINGTON – Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, yakin gencatan senjata di Gaza tetap dilaksanakan mulai Ahad ini, walaupun Israel menunggu undian Kabinetnya dan menuduh Hamas menarik balik persetujuan terhadap perjanjian itu. Blinken berkata, bahawa beliau dan pegawai pentadbiran Presiden Joe Biden, yang bakal tamat tempoh perkhidmatannya pada Isnin, sedang berusaha melalui panggilan telefon untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan gencatan senjata yang diumumkan Rabu lalu menerusi pengantaraan Qatar. “Tidak mengejutkan jika dalam proses rundingan yang begitu mencabar ini terdapat perkara yang masih belum diselesaikan. Kami sedang menyelesaikannya sekarang,” katanya pada sidang…
Read More12 pesakit dari Gaza ke Eropah
LONDON – Seramai 12 pesakit dari Gaza dipindahkan ke Eropah untuk menerima rawatan, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Tedros Adhanom Ghebreyesus. Mereka diiringi 35 ahli keluarga, pesakit dari Gaza itu tiba di Albania, Perancis, Norway dan Romania untuk mendapatkan rawatan khusus di negara berkenaan. Menerusi kenyataan di X, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada negara itu dan Kesatuan Eropah (EU) bagi Perlindungan Awam dan Bantuan Kemanusiaan atas kerjasama dan sokongan mereka. Beliau berkata, perjanjian gencatan senjata ini menawarkan peluang untuk mempercepatkan pemindahan perubatan untuk lebih 12,000 orang, termasuk…
Read More