Pesakit positif menghilangkan diri

SUNGAI PETANI 5 Mei – Seorang pesakit yang disahkan positif Covid-19 melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Lama Sungai Petani pada Selasa lalu, kata

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah.

Lelaki berusia 39 tahun itu dikenali sebagai Azizi Sarip, 39, dilaporkan tiada di wad B1 setelah enam hari menerima rawatan.

Hasil maklumat pesakit lain memaklumkan, bahawa lelaki itu telah membawa beg dan barangan peribadinya keluar pada pukul 6.30 pagi.

Lelaki terbabit mendapatkan rawatan di hospital sama bagi tujuan pembedahan kecil pada tangannya ekoran bernanah pada Khamis lalu.

Saringan Covid-19 dilakukan ke atas pesakit sebagai prosedur hospital dan dimasukkan ke pusat kuarantin di wad B1 setelah keputusan swab positif diperoleh pada Jumaat lalu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang mengenal pasti punca jangkitan kontak rapat lelaki itu di mana kes itu masih disiasat.

Beliau berkata, satu pasukan khas digerakkan untuk mengesan lelaki terbabit di rumahnya di Taman Bandar Baru Sungai Lalang namun, tiada di rumah.

Related posts

Leave a Comment