Kemuncak JIMBA malam ini

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) sampai ke kemuncaknya apabila JIMBA Finale berlangsung malam ini dengan 15 cabutan pakej umrah dan Cabutan Bonanza yang menawarkan sebuah kereta BYD Sealion 7.

Mereka yang berdaftar dengan Andalusia pada tahun 2025 masih berpeluang memenangi hadiah-hadiah itu selepas cabutan mingguan dengan pelbagai hadiah ditawarkan mulai Januari lalu.

Majlis JIMBA Finale ini akan berlangsung di cawangan-cawangan yang terpilih dengan lokasi utamanya di Darul Muttaqin Home, Ampang Hilir

Peserta mesti hadir secara fizikal di cawangan Andalusia berkenaan semasa cabutan dilakukan bagi melayakkan mereka membawa pulang hadiah cabutan mini JIMBA dan Bonanza JIMBA.

Nama peserta akan digugurkan secara automatik jika tidak hadir walaupun layak sebelum ini.

Pada akhir tahun lalu, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) melancarkan JIMBA yang bertujuan menarik perhatian orang ramai dengan kempen seperti peraduan mingguan yang menawarkan hadiah istimewa.

Antara hadiah yang ditawarkan bermula minggu pertama Januari adalah, motosikal, percutian ke luar negara, barangan elektrik dan baucar diskaun pakej umrah bernilai RM50.

Nilai bagi kesemua 52 cabutan termasuk hadiah utama berjumlah RM500,000. Setiap minggu akan ada cabutan bertuah di setiap cawangan Andalusia.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment