KUALA LUMPUR 24 Dis. – Bekas Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong menggesa pihak berkuasa menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat secara terperinci kemalangan lima kenderaan yang mengorbankan tujuh nyawa di Melaka malam tadi. Langkah itu bagi memastikan kejadian sama tidak berulang selepas siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada tayar hadapan sebelah kanan lori yang terbabit dalam kejadian itu tercabut dan berada di tengah lebuh raya. “Memetik laporan media, siasatan awal mendapati ia berpunca daripada tayar hadapan sebelah kanan lori yang terlibat dalam kejadian tersebut tercabut dan berada di tengah lebuh raya.…
Read MoreYear: 2024
Dividen ASB 5.75 sen seunit
KUALA LUMPUR 24 Dis. – Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024. Pembayaran dividen sebanyak 5.75 sen seunit adalah ketara lebih tinggi berbanding 5.25 sen seunit yang telah dibayar pada 2023, dan menjadikan jumlah dividen yang diagihkan kepada pemegang unit ASB sejak penubuhannya kepada RM196.5 bilion. Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 itu sebanyak RM10.1 bilion dan akan memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB. Pengerusi…
Read MoreHukum ucap selamat perayaan bukan Islam
TANJONG 24 Dis. – Setiap kali sambutan perayaan orang bukan Islam, akan timbul persoalan berhubung isu hukum orang Islam memberi ucapan sempena perayaan Krismas, Deepavali, Tahun Baru Cina, Ponggal, Wesak dan sebagainya. Masyarakat sering ‘berbahas’ sama ada ucapan itu dibolehkan atau bertentangan dengan ajaran Islam. Dalam hal ini, Mufti Pulau Pinang, Prof. Madya Dr Mohd Sukki Othman berkata, ucapan sambutan perayaan bukan Islam tidak menjadi kesalahan, asalkan tiada kandungan syiar atau ungkapan keagamaan yang bertentangan dengan prinsip ajaran Islam. Katanya, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 21 dan 22…
Read MoreBerita pilihan…
Rundingan bebas tebusan capai kemajuan
TEL AVIV – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendedahkan rundingan pembebasan tebusan dengan Hamas semakin mencapai kemajuan walaupun mengakui tempoh masa untuk memuktamadkan rundingan itu masih kabur. Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka dan ini dianggap satu pencapaian besar buat tentera Zionis. Sementara itu, Netanyahu juga bertegas Israel akan memperkukuh kedudukan sebagai kuasa di rantau Asia Barat selepas ini. Misi ini, jelasnya, akan dibantu rakan kongsi seperti Amerika Syarikat.
Read MoreKotak bahan letupan depan hospital
GAZA CITY – Tentera Israel didakwa meletakkan kotak berisi bahan letupan berhampiran pintu pagar Hospital Kamal Adwan di utara Gaza, berdasarkan rakaman video yang dikongsi oleh pengarah hospital Hussam Abu Safiya. Rakaman itu menunjukkan sebuah kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya (segitiga dengan tanda seru) di luar satu daripada pintu pagar hospital. Dalam catatan Facebooknya, beliau berkata, kenderaan tentera pendudukan Israel, menggunakan peranti robotik, meletakkan kotak berisi bahan letupan di pintu pagar hospital. Katanya, baru-baru ini, tentera Israel meletupkan bangunan kediaman berhampiran hospital menggunakan alat letupan…
Read MoreMedia Hari Ini Selasa 24.12.2024
PJH tidak boleh promosi visa mujamalah
KUALA LUMPUR 23 Dis. – Semua 37 syarikat pelancongan tempatan yang dilantik sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi musim haji 1446H/2025M tidak dibenarkan mempromosi pakej haji menggunakan visa mujamalah atau furada. Ketua Jabatan Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Mohd Hisham Harun, berkata ia antara syarat ditetapkan agensi itu kepada PJH mengambil kira banyak kes penipuan membabitkan visa berkenaan. “Visa mujamalah atau visa furada ini memang ada, cuma ia dikeluarkan kepada individu atau organisasi tertentu. Ia biasanya dikeluarkan di saat akhir, biasanya di penghujung bulan Syawal atau pada Zulkaedah. “Pada masa…
Read MoreCAP gesa siasat kenaikan harga kelapa
TANJONG 23 Dis. – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) melahirkan kebimbangan dengan kenaikan harga kelapa yang mendadak di pasaran negeri ini, kata Presidennya, Mohideen Abdul Kader. Beliau berkata, menerusi tinjauan di pasar di beberapa lokasi, CAP mendapati harga kelapa naik secara berperingkat daripada RM2 kepada RM2.50, dengan kelapa bersaiz besar yang mencecah RM3.30 setiap satu. Kenaikan harga kelapa itu juga menyebabkan harga santan meningkat daripada RM12 kepada RM14 sehingga RM15 sekilogram (kg) manakala kelapa parut pula naik daripada RM8 kepada RM11 bagi setiap kg,” katanya dalam kenyataan hari ini. Mohideen…
Read MoreAndalusia tawar 4 pakej haji tahun depan
KUALA LUMPUR 23 Dis. – Syarikat pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) menawarkan empat pakej haji bagi musim 1446H/2025M dengan harga serendah RM43,990 dan tertinggi RM102,990. Pengerusi Eksekutifnya, Md Daud Che Ngah berkata, berbanding tahun lalu, pihaknya hanya menawarkan tiga pakej iaitu Malak, Olayan dan Safwah manakala Marsa satu pakej baharu yang ditawarkan untuk jemaah musim depan. Katanya pengenalan pakej baharu itu, susulan Andalusia mendapat hotel baharu yang menawarkan harga yang mampu dipenuhi Andalusia. “Tahun lepas kadar terendah kita adalah RM44,900 tetapi sekarang ini jadi…
Read More