GAZA – Menerusi sebuah rakaman video, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa anggotanya meranapkan dua terowong di selatan dan tengah Gaza. Menurut kenyataan IDF, kedua terowong tersebut yang didakwa mempunyai panjang sekitar dua kilometer dimusnahkan melalui kaedah letupan. Jelasnya, operasi pemusnahan tersebut dilaksanakan baru-baru Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza dalam kenyataannya memaklumkan bahawa lebih daripada 45,361 rakyat Palestin terbunuh manakala 107,803 lagi cedera dalam serangan ketenteraan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023.
Read MoreYear: 2024
Media Hari Ini Khamis 26.12.2024
HARI INI TIADA PENERBITAN AKHBAR SEMPENA CUTI KRISMAS
Read More25 bas ekspres tiada pemandu kedua
BAGAN 25 Dis. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam operasi yang diadakan di tiga plaza tol di negeri ini semalam mengesan 25 bas ekspres dan persiaran beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh JPJ negeri dalam kenyataan, berkata dalam operasi itu pihaknya turut menyita sebuah bas ekspres kerana pemandu tiada lesen memandu. Operasi yang bermula pukul 10 malam dan berakhir 8 pagi membabitkan Plaza Tol Juru, Plaza Tol Bukit Tambun dan Plaza Tol Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, memfokuskan kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan perkhidmatan…
Read MoreMAHB mesti kekal jadi milik negara
KUALA LUMPUR 25 Dis. – Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) swkali lagi menentang keras penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (“MAHB”) yang dianggap angsa emas” dan juga aset strategik negara yang penting. Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, MAHB mesti kekal menjadi milik rakyat Malaysia, untuk dikekalkan berstatus syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Malaysia bagi memastikan ketelusan dan tatakelola yang baik. Justeru, beliau menyifatkan keputusan tepat, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (“PAC”) yang bersedia untuk memulakan prosiding bagi meneliti dan memanggil kesemua pihak yang terlibat dalam urus niaga ini…
Read MoreSemakan daftar pemilih baharu Nov.
PUTRAJAYA 25 Dis. – Sebanyak 39,546 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu dalam tempoh 1 hingga 31 November lalu. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ikmalrudin Ishak berkata, Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan November Tahun 2024 (DPT BLN11/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula 20 Disember lalu hingga 18 Januari 2025. Dalam satu kenyataan baru-baru ini, beliau berkata, daftar itu juga mengandungi 10,388 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 1,804 pemilih bertukar status atau kategori pengundi. Untuk rekod, dalam tempoh…
Read MoreBerita pilihan…
Tindakan Israel dorong tebusan dibunuh
BAITULMAQDIS 25 Dis. – Hasil siasatan tentera yang diterbitkan pada Selasa.menunjukkan tindakan ketenteraan Israel memberi “pengaruh bersebab” terhadap keputusan pejuang Hamas untuk membunuh enam tebusan di Gaza pada bulan Ogos lalu. Penemuan mayat enam tebusan Israel, termasuk warga Amerika-Israel Hersh Goldberg-Polin pada bulan September mencetuskan kejutan di Israel. Peristiwa itu mendorong setengah juta orang turun ke jalan raya menuntut kerajaan memeterai perjanjian dengan Hamas untuk membebaskan tebusan. Enam individu tersebut telah diculik oleh pejuang Palestin semasa serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023 dan mereka dilaporkan ditembak mati…
Read MoreDoa agar konflik berakhir
GAZA – Sambutan Krismas kali ini di Bandar Gaza suram, tiada lagi cahaya lampu bergemerlapan, hiasan perayaan, mahupun pokok Krismas besar yang pernah menghiasi bandar itu selama beberapa dekad. The Square of the Unknown Soldier yang dahulunya meriah dengan sambutan perayaan, kini musnah menjadi runtuhan akibat serangan udara berterusan Israel. Ratusan penganut Kristian di Bandar Gaza yang musnah akibat peperangan berkumpul di sebuah gereja semalam, berdoa supaya konflik yang memusnahkan sebahagian besar wilayah Palestin itu segera berakhir. Di tengah-tengah kehancuran itu, sebahagian penduduk mencari ketenangan walaupun pertempuran terus berlaku di…
Read MoreMedia Hari Ini Rabu 25.12.2024
JPJ siasat secara terperinci
PUTRAJAYA 24 Dis. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menyiasat secara terperinci serta tindakan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) syarikat kenderaan terbabit kemalangan di KM204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di Melaka semalam. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata siasatan itu bagi meneliti pelbagai aspek keselamatan terutamanya berkaitan teknikal terhadap syarikat berkenaan. Beliau berkata, pihaknya memandang serius trend kemalangan membabitkan kenderaan perdagangan sehingga menyebabkan kematian pengguna jalan raya yang lain. Dalam kejadian semalam, tujuh termasuk lima sekeluarga maut, manakala 33 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran yang…
Read More