Rundingan bebas tebusan capai kemajuan

TEL AVIV – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendedahkan rundingan pembebasan tebusan dengan Hamas semakin mencapai kemajuan walaupun mengakui tempoh masa untuk memuktamadkan rundingan itu masih kabur.

Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka dan ini dianggap satu pencapaian besar buat tentera Zionis.

Sementara itu, Netanyahu juga bertegas Israel akan memperkukuh kedudukan sebagai kuasa di rantau Asia Barat selepas ini.

Misi ini, jelasnya, akan dibantu rakan kongsi seperti Amerika Syarikat.

Related posts

Leave a Comment