KUALA LUMPUR 12 Nov. – Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Chong Zhemin (Kampar)mengemukakan usul supaya Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana membuat sangkaan jahat terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Ia susulan kenyataan dibuat Ka Siong pada sidang Dewan Rakyat 7 November lalu yang mendakwa Rafizi memberikan dua jawapan berbeza berhubung peruntukan membangunkan Pangkalan Data Utama (PADU) iaitu RM85 juta dan RM31 juta.
Melalui surat usul kepada Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin, Zhemin memaklumkan, Rafizi sehari sebelum itu sebenarnya sudah pun memperbetul kenyataan Ka Siong berhubung perkara itu termasuk di media sosial dengan menjelaskan pembangunan PADU setakat September lalu adalah berjumlah RM31 juta dan bukan RM85 juta seperti didakwa.
“Ucapan Ahli Parlimen Ayer Hitam dengan jelas telah mendakwa Menteri Ekonomi (Rafizi) telah memberi dua jawapan berbeza mengenai kos PADU iaitu RM85 juta dalam jawapan bertulis pada 1 Julai lalu, manakala RM31 juta semasa penggulungan kementeriannya pada 6 November.
Ahli Parlimen Ayer Hitam telah mendakwa Menteri Ekonomi melanggar peraturan mesyuarat 36(12) dengan mengelirukan dewan,” katanya.
Dalam pada itu, Zhemin berkata merujuk jawapan lisan dan laporan media, RM85.27 juta yang diumumkan Rafizi sebelum ini sebenarnya bagi tiga tahun pelaksanaan PADU bermula 2023 hingga 2025.
Menteri ekonomi juga telah berucap dalam dewan pada 6 November bahawa setakat September lalu, kos pembangunan dan pelaksanaan PADU adalah RM31 juta.
“Ia jelas angka RM85.27 juta adalah anggaran kos untuk tempoh tiga tahun bermula 2023 hingga 2025, manakala RM31 juta untuk setakat September… dua angka ini tidak bercanggah,” katanya.
Zhemin menegaskan, Ka Siong telah melanggar peraturan 36(6) dan 36(12) dengan mengelirukan Dewan dan membuat sangkaan jahat terhadap Menteri Ekonomi yang kononnya memberi data salah serta dua angka berbeza tentang kos PADU.
Nnnn
