UNGA lulus resolusi gencatan senjata

NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), meluluskan resolusi yang menggesa gencatan senjata segera dan tanpa syarat di Gaza dengan 158 undian menyokong, sembilan menolak, dan 13 berkecuali. Tindakan simbolik itu bagaimanapun ditolak Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Resolusi itu menggesa gencatan senjata segera, tanpa syarat, dan kekal, serta pembebasan segera dan tanpa syarat semua tebusan iaitu frasa yang sama dengan teks yang diveto Washington dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bulan lalu. Ketika itu, Washington menggunakan kuasa vetonya di UNSC seperti sebelum ini bagi melindungi sekutunya, Israel,…

Read More

Kejatuhan Baath buka jalan keamanan

ISTANBUL – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan kejatuhan pemerintahan Baath di Syria baru-baru ini telah membuka jalan kepada keamanan dan keselamatan di negara itu. Justeru Erdogan ketika bercakap pada sambutan Hari Hak Asasi Manusia anjuran partinya di Ankara mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia. Beliau turut mengkritik sikap dwistandard global dalam isu hak asasi manusia, menyatakan bahawa pada hari ini hak itu dilihat sebagai “hak keistimewaan yang hanya terpakai untuk wilayah dan penduduk tertentu.” Sebaliknya, beliau menggariskan pendirian Turkiye terhadap krisis Syria yang sudah…

Read More

Hishammuddin kekal pendirian tidak rayu

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Bekas Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein mengulangi pendiriannya untuk tidak merayu keputusan penggantungan keahliannya selama enam tahun bermula 27 Januari tahun lalu . Ketika ditemui di Dewan Rakyat, Hishamuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong itu menegaskan beliau tidak akan mengemukakan rayuan atas alasan sehingga ke hari ini tidak tahu punca penggantungannya selama enam tahun. Sebelum ini Presiden UMNO,  Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesediaannya untuk kembali membuka ruang kepada bekas pemimpin UMNO yang sebelum ini berdepan tindakan disiplin. Ia susulan penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen…

Read More

Bayar RM100,000 bukan RM10 juta

PUTRAJAYA 11 Dis. – Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 daripada jumlah RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu. Hakim Mahkamah Rayuan See Mee Chun, ketika membacakan penghakiman berkata bahawa pampasan RM10 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Zuraida adalah tidak munasabah. Bagaimanapun, panel tiga hakim itu terrdiri daripada See,  Azman Abdullah dan Ahmad Kamal Md Shahid dalam keputusan sebulat suara, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Zuraida telah melanggar syarat bon parti. Pada 23…

Read More

ICT akan dipaten harta intelek

KUALA TERENGGANU 11 Dis. – Kerajaan negeri dalam proses akhir untuk mempatenkan ikan celup tepung (ICT) sebagai harta intelek di bawah kategori Petunjuk Geografi (GI). Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ariffin Deraman berkata, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) giat mengumpul semua pengusaha ICT di seluruh negeri. “Kita jangka ICT dapat dipatenkan sebagai harta intelek di bawah kategori GI selewat-lewatnya tahun depan. “Hasil maklum balas dilakukan mendapati pengusaha ICT pada dasarnya bersetuju produk makanan laut itu dipatenkan seperti saranan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), November lalu,”…

Read More

Selaras harga baharu BPT belum muktamad

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Cadangan penyelarasan harga baharu beras putih tempatan (BPT) masih belum dimuktamadkan sepenuhnya memandangkan kajian terperinci mengenainya masih dijalankan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kementeriannya akan meneliti syor dan penambahbaikan digariskan melalui kajian terbabit. Katanya, komitmen sama turut diberikan untuk meneliti kajian am yang dibuat Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenai industri padi beras negara. “Sesi libat urus bersama pemegang taruh sudah selesai namun cadangan termasuk bagi penyelarasan harga baharu BPT masih belum dimuktamadkan sepenuhnya memandangkan kajian terperinci sedang berjalan. Dalam…

Read More

Bashir PM sementara Syria hingga Mac 2025

DAMSYIK –  Bekas pemimpin Kerajaan Penyelamat, Mohammed al-Bashir, mengambil alih tugas sebagai perdana menteri sementara dengan sokongan pemberontak Syria yang menumbang Presiden Bashar al-Assad baru-baru ini. Bashir yang sebelum ini mengetuai pentadbiran di kawasan barat laut yang dikuasai pemberontak, berkata beliau akan memimpin kerajaan sementara sehingga 1 Mac 2025. Dalam ucapan ringkasnya di televisyen, beliau berkata, satu mesyuarat Kabinet akan diadakan, membabitkan pasukan daripada Kerajaan Penyelamat yang beroperasi di Idlib dan kawasan sekitarnya, serta kerajaan rejim yang digulingkan. “Mesyuarat itu bertujuan menyerahkan fail dan institusi pentadbiran kepada kerajaan sementara,” katanya.…

Read More