Bashir PM sementara Syria hingga Mac 2025

DAMSYIK –  Bekas pemimpin Kerajaan Penyelamat, Mohammed al-Bashir, mengambil alih tugas sebagai perdana menteri sementara dengan sokongan pemberontak Syria yang menumbang Presiden Bashar al-Assad baru-baru ini.

Bashir yang sebelum ini mengetuai pentadbiran di kawasan barat laut yang dikuasai pemberontak, berkata beliau akan memimpin kerajaan sementara sehingga 1 Mac 2025.

Dalam ucapan ringkasnya di televisyen, beliau berkata, satu mesyuarat Kabinet akan diadakan, membabitkan pasukan daripada Kerajaan Penyelamat yang beroperasi di Idlib dan kawasan sekitarnya, serta kerajaan rejim yang digulingkan.

“Mesyuarat itu bertujuan menyerahkan fail dan institusi pentadbiran kepada kerajaan sementara,” katanya.

Sementara itu, di ibu kota Syria, bank mula dibuka semula buat kali pertama sejak kejatuhan Assad.

Kedai-kedai juga kembali beroperasi, lalu lintas kembali berjalan seperti biasa, pekerja pembersihan mula membersihkan jalan dan bilangan lelaki bersenjata dilihat semakin berkurangan.

Nn

Related posts

Leave a Comment