Tubuh pasukan khas siasat nahas

KUALA LUMPUR 24 Dis.  – Bekas Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong menggesa pihak berkuasa menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat secara terperinci kemalangan lima kenderaan yang mengorbankan tujuh nyawa di Melaka malam tadi.

Langkah itu bagi memastikan kejadian sama tidak berulang selepas siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada tayar hadapan sebelah kanan lori yang terbabit dalam kejadian itu tercabut dan berada di tengah lebuh raya.

“Memetik laporan media, siasatan awal mendapati ia berpunca daripada tayar hadapan sebelah kanan lori yang terlibat dalam kejadian tersebut tercabut dan berada di tengah lebuh raya.

Justeru, saya berharap pihak yang berkenaan segera tubuhkan task force atau pasukan khas bagi menyiasat kejadian ini secara lebih terperinci dan penting untuk memastikan kejadian sama tidak berulang lagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ka Siong yang juga Presiden MCA berkata, siasatan terperinci adalah wajar kerana kemalangan berkenaan membabitkan kenderaan berat dan perlu dipandang serius berikutan jumlah kematian yang tinggi.

Nahas di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, tidak jauh dari susur keluar Plaza Tol Simpang Ampat di Alor Gajah, kira-kira jam 8.40 malam tadi turut menyebabkan sekurang-kurangnya 33 cedera.

Nahas membabitkan sebuah bas ekspres, lori, treler, kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dan Perodua Bezza.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment