PUTRAJAYA 7 Dis. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan tidak berasas oleh Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli berhubung satu siasatan berkaitan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mei lalu. Dalam kenyataannya, SPRM menyifatkan tuduhan bahawa suruhanjaya itu diperalat untuk menyiasat calon-calon yang bakal bertanding dalam pemilihan PKR sebagai tidak berasas dan tidak benar sama sekali. Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi menyentuh perkara itu melalui podcast Yang Berhenti Menteri baru-baru ini. Menjawab tuduhan mengenai dakwaan pegawai SPRM ‘mengepung rumah’ individu tertentu, SPRM menjelaskan bahawa kehadiran pegawai penyiasat ke…
Read MoreDay: December 7, 2025
Kurangkan tempat letak kenderaan
SERDANG 7 Dis. – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mencadangkan pemaju perumahan mengurangkan bilangan tempat letak kenderaan bagi projek baharu yang dibangunkan berhampiran dengan stesen pengangkutan awam. Katanya, cadangan itu disampaikan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memandangkan syarat minimum satu atau dua petak parkir bagi setiap unit kediaman menjadi antara faktor peningkatan harga sesebuah kediaman. Tegasnya, saranan itu khusus untuk projek baharu dan menyasarkan golongan muda yang tinggal berdekatan dengan rangkaian rel bandar. Beliau berkata, projek berdekatan dengan stesen pengangkutan awam seperti LRT atau MRT, mungkin boleh mengurangkan tempat letak…
Read MoreBerita pilihan…
PBB digesa tubuh badan penyiasatan
GENEVA – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa menubuhkan satu badan penyiasatan bebas berhubung dakwaan penggunaan periuk api baharu di sepanjang sempadan Thailand dengan Kemboja. Menteri Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow, membuat gesaan itu pada Mesyuarat Negara-Negara Pihak ke-22 Konvensyen Larangan Periuk Api Antipersonel di Geneva. Sihasak, berkata negara itu sudah menggunakan semua saluran dua hala dengan penuh keikhlasan untuk menyelesaikan isu periuk api bersama Kemboja. “Jika sebuah negara boleh memasang periuk api baharu dan menafikannya tanpa sebarang tindakan, apa yang akan berlaku kepada mangsa seterusnya?,” katanya sambil mendesak Setiausaha Agung PBB…
Read MoreGencatan senjata belum lengkap
DOHA – Rundingan bagi memantapkan gencatan senjata yang disokong Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Gaza kini pada detik kritikal yang disifatkan negara perantara, Qatar, hanya hentian sementara. Qatar yang memainkan peranan penting sebagai perantara dalam konflik itu, sedang berusaha mempercepatkan pelaksanaan fasa seterusnya gencatan berkenaan. Walaupun keganasan menurun sejak gencatan berkuat kuasa pada 10 Oktober, serangan dilaporkan masih berlaku dengan sekurang-kurangnya tujuh mangsa dilaporkan terbunuh semalam. Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman al-Thani pada sesi panel Forum Doha berkata, usaha gencatan senjata belum mencapai tahap dimahukan. “Kita berada pada…
Read More