BEIJING – Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) diarah membayar pampasan kepada waris lapan penumpang pesawat MH370 yang dilaporkan hilang lebih sedekad lalu dengan setiap keluarga bakal menerima lebih 2.9 juta yuan (RM1.69 juta). Mahkamah Rakyat Daerah Chaoyang dalam kenyataan, berkata sebanyak 47 lagi saman sudah ditarik balik selepas keluarga terbabit mencapai penyelesaian di luar mahkamah dengan MAS dan anak syarikat antarabangsa syarikat itu, Malaysia Airlines International. Menurut mahkamah, pampasan yang diputuskan pada Jumaat lalu merangkumi kos pengebumian, tekanan emosi dan kerugian lain, Pesawat Boeing 777 yang membawa 239 penumpang itu…
Read MoreDay: December 8, 2025
ETS KL Sentral-JB Sentral mulai 12 Dis
KUALA LUMPUR 8 Dis. – Sempena pembukaan perkhidmatan tren elektrik (ETS) ke JB Sentral bermula Jumaat ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun istimewa sebanyak 30 peratus hingga 11 Januari depan. KTMB dalam kenyataan hari ini berkata, tawaran diskaun itu membabitkan perjalanan bagi sektor KL Sentral–JB Sentral–KL Sentral. Menurut Ketua Pegawai Teknikal KTMB, Ir Ahmad Nizam Mohamed Amin, penumpang boleh menikmati tawaran itu dengan menggunakan kod promosi JBBEST ketika pembelian tiket. Katanya, sebanyak 5,000 kod promosi ditawarkan, tertakluk kepada terma dan syarat. Katanya, kemudahan pengangkutan awam itu bukan saja…
Read MoreMCA, MIC mencari ‘pintu keluar’ BN
APA lagi yang ada jika MCA dan MIC meninggalkan Barisan Nasional (BN)? Pernah mempunyai anggota gabungan terbesar – 14 parti politik termasuk Sabah dan Sarawak, yang tinggal bersama BN kini hanya UMNO, MCA, MIC. Semua parti politik di Sarawak sudah angkat kaki meninggalkan BN yang ditubuhkan pada 1974 bagi menggantikan Perikatan. Dari Sabah pula yang tinggal hanya Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) pimpinan anak muda Arthur Joseph Kurup. Begitulah yang terjadi apabila kuasa hilang atau menjadi lemah. Masing-masing lari lintang pukang mencari ‘dahan’ baharu untuk bergayut. Berdasarkan situasi semasa ketika…
Read MoreAzman mengaku tidak bersalah
SHAH ALAM 8 Dis. – Ahli Parlimen Padang Serai, Azman Nasrudin dan seorang ahli perniagaan, Amar Assuat Abu Bakar, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat menerima suapan dan rasuah berhubung projek ternakan lembu di Kedah. Mereka membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Nasir Nordin. Mengikut pertuduhan, Azman didakwa bersubahat dengan Amar Assuat untuk menerima RM400,000 daripada seorang individu sebagai dorongan membantu memperoleh Projek Usahasama Ternakan Lembu Pedaging Secara Fidlot di Ladang Fidlot Kedah Agro, Mukim Sungai Laka, Kubang Pasu,…
Read MoreBerita pilihan…
Tarik balik larangan wanita bekerja
KABUL – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa pihak berkuasa Taliban menarik balik larangan terhadap wanita Afghanistan bekerja di pejabatnya kerana ia berpotensi menjejaskan perkhidmatan penting yang menyelamatkan nyawa. Pihak berkuasa Taliban mula menghalang kakitangan wanita daripada memasuki pejabat PBB pada September lalu. Sejak Taliban kembali berkuasa pada 2021, wanita Afghanistan dilarang melakukan kebanyakan pekerjaan, mengunjungi taman dan salun kecantikan serta bersekolah selepas usia 12 tahun. Wakil Khas agensi wanita PBB di Afghanistan, Susan Ferguson, dalam kenyataan menggesa larangan terhadap kakitangan dan kontraktor wanita Afghanistan daripada memasuki premis PBB ditarik balik,…
Read MorePertempuran di sempadan Kemboja-Thailand
BANGKOK – Thailand melancarkan serangan udara ke atas Kemboja selepas pertempuran baharu tercetus di sempadan kedua-dua negara Asia Tenggara itu, menandakan kemungkinan runtuhnya pelan damai yang dipengerusikan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dua bulan lalu. Kedua-dua pihak saling menuduh melancarkan serangan di kawasan sempadan yang dipertikaikan pada pagi ini, selepas beberapa minggu ketegangan memuncak dan penggantungan kemajuan perjanjian gencatan senjata oleh Thailand. Seorang pegawai tentera Thailand berkata, serangan udara ke atas kedudukan tentera Kemboja adalah tindakan balas terhadap serangan awal pagi yang mengorbankan seorang askar Thailand dan mencederakan dua…
Read More