PUTRAJAYA 24 Dis. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menyiasat secara terperinci serta tindakan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) syarikat kenderaan terbabit kemalangan di KM204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di Melaka semalam. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata siasatan itu bagi meneliti pelbagai aspek keselamatan terutamanya berkaitan teknikal terhadap syarikat berkenaan. Beliau berkata, pihaknya memandang serius trend kemalangan membabitkan kenderaan perdagangan sehingga menyebabkan kematian pengguna jalan raya yang lain. Dalam kejadian semalam, tujuh termasuk lima sekeluarga maut, manakala 33 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran yang…
Read MoreDay: December 24, 2024
Tubuh pasukan khas siasat nahas
KUALA LUMPUR 24 Dis. – Bekas Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong menggesa pihak berkuasa menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat secara terperinci kemalangan lima kenderaan yang mengorbankan tujuh nyawa di Melaka malam tadi. Langkah itu bagi memastikan kejadian sama tidak berulang selepas siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada tayar hadapan sebelah kanan lori yang terbabit dalam kejadian itu tercabut dan berada di tengah lebuh raya. “Memetik laporan media, siasatan awal mendapati ia berpunca daripada tayar hadapan sebelah kanan lori yang terlibat dalam kejadian tersebut tercabut dan berada di tengah lebuh raya.…
Read MoreDividen ASB 5.75 sen seunit
KUALA LUMPUR 24 Dis. – Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024. Pembayaran dividen sebanyak 5.75 sen seunit adalah ketara lebih tinggi berbanding 5.25 sen seunit yang telah dibayar pada 2023, dan menjadikan jumlah dividen yang diagihkan kepada pemegang unit ASB sejak penubuhannya kepada RM196.5 bilion. Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 itu sebanyak RM10.1 bilion dan akan memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB. Pengerusi…
Read MoreHukum ucap selamat perayaan bukan Islam
TANJONG 24 Dis. – Setiap kali sambutan perayaan orang bukan Islam, akan timbul persoalan berhubung isu hukum orang Islam memberi ucapan sempena perayaan Krismas, Deepavali, Tahun Baru Cina, Ponggal, Wesak dan sebagainya. Masyarakat sering ‘berbahas’ sama ada ucapan itu dibolehkan atau bertentangan dengan ajaran Islam. Dalam hal ini, Mufti Pulau Pinang, Prof. Madya Dr Mohd Sukki Othman berkata, ucapan sambutan perayaan bukan Islam tidak menjadi kesalahan, asalkan tiada kandungan syiar atau ungkapan keagamaan yang bertentangan dengan prinsip ajaran Islam. Katanya, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 21 dan 22…
Read MoreBerita pilihan…
Rundingan bebas tebusan capai kemajuan
TEL AVIV – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendedahkan rundingan pembebasan tebusan dengan Hamas semakin mencapai kemajuan walaupun mengakui tempoh masa untuk memuktamadkan rundingan itu masih kabur. Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka dan ini dianggap satu pencapaian besar buat tentera Zionis. Sementara itu, Netanyahu juga bertegas Israel akan memperkukuh kedudukan sebagai kuasa di rantau Asia Barat selepas ini. Misi ini, jelasnya, akan dibantu rakan kongsi seperti Amerika Syarikat.
Read MoreKotak bahan letupan depan hospital
GAZA CITY – Tentera Israel didakwa meletakkan kotak berisi bahan letupan berhampiran pintu pagar Hospital Kamal Adwan di utara Gaza, berdasarkan rakaman video yang dikongsi oleh pengarah hospital Hussam Abu Safiya. Rakaman itu menunjukkan sebuah kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya (segitiga dengan tanda seru) di luar satu daripada pintu pagar hospital. Dalam catatan Facebooknya, beliau berkata, kenderaan tentera pendudukan Israel, menggunakan peranti robotik, meletakkan kotak berisi bahan letupan di pintu pagar hospital. Katanya, baru-baru ini, tentera Israel meletupkan bangunan kediaman berhampiran hospital menggunakan alat letupan…
Read More