PRU16: UMNO, BN bersama Kerajaan Perpaduan

SEREMBAN 22 Dis. – UMNO dan Barisan Nasional (BN) sekali lagi memberi jaminan untuk memberi komitmen sepenuhnya bersama Kerajaan Perpaduan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang. Pengerusi BN Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika mengulangi komitmen itu berkata, Kerajaan Perpaduan berpeluang mengekalkan kemenangan pada PRU16 itu, jika aspek kesetiaan pada parti dan usaha menyantuni rakyat terus diutamakan. “Saya ingin respons apa dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat, pertanyaan wartawan kepadanya ketika itu, adakah Kerajaan Perpaduan boleh ‘survive’ jika pilihan raya dilakukan dalam waktu terdekat, beliau yakin…

Read More

Tuduhan berkaitan lantikan Musa serius

KUALA LUMPUR 22 Dis. –  Mana-mana pihak yang mempertikaikan pelantikan Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 yang kononnya sebelum ini terlibat dengan kes rasuah adalah satu tuduhan berat dan serius. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Abdul Rahman Dahlan, berkata mereka yang berkenaan juga secara tidak langsung mempertikaikan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong berhubung pelantikan itu. Beliau menegaskan, untuk rekod, Musa pada 2020 sudah dibebaskan daripada sebarang tuduhan rasuah oleh Peguam Negara, mahkamah serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). “Persoalan timbul sekarang ialah kepada siapa kita perlu rujuk untuk menilai sama…

Read More

Kucing mati diserang anjing liar

KUALA LUMPUR 22 Dis . – Serangan sekumpulan anjing luar menjadi punca kematian beberapa ekor kucing di kampus Universiti Malaya (UM) baru-baru ini. Ketua Polis Kuala Lumpur,  Rusdi Mohd Isa berkata, ia selepas siasatan polis menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar. Pada masa yang sama Rusdi berkata hasil semakan bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) turut mengesahkan kecederaan yang dialami kucing-kucing berkenaan adalah akibat serangan haiwan liar. “Polis menerima tiga laporan berhubung kejadian ini pada 17, 20 dan 21 Disember lalu. Namun, tiada saksi insiden tersebut,” katanya dalam…

Read More

Rakan KKM Partnership tingkat insentif

PUTRAJAYA – Dr Dzulkefly Ahmad akan memastikan semua isu dihadapi oleh warga Kementerian Kesihatan (KKM) di lapangan akan ditangani dalam penggal keduanya sebagai Menteri Kesihatan. Beliau juga pada masa yang sama menegaskan bahawa KKM tidak memandang enteng lebih 6,000 doktor yang meletak jawatan sepanjang lima tahun lepas. Katanya, jumlah tersebut juga termasuk 3,200 pegawai perubatan (MO) kontrak yang meletak jawatan untuk beralih ke jawatan tetap, selain sesetengah doktor beralih ke bidang akademik tetapi masih menyumbang kepada pengukuhan sektor kesihatan awam. “Saya akui dan sedari sepenuhnya bahawa KKM kekurangan kakitangan, sesetengah…

Read More

Hina Melayu, Islam, tiga kertas siasatan dibuka

JOHOR BAHRU 22 Dta. – Tiga kertas siasatan berasingan dibuka susulan laporan polis  berhubung penularan gambar resit pesanan makanan segera yang tertera perkataan menghina kaum Melayu dan Islam yang dikesan di Kluang, Batu Pahat dan Muar. Ketua Polis Johor, M Kumar berkata, siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Dalam satu kenyataan malam tadi, beliau berkata, pesanan pada resit bertarikh 19 dan 20 Disember itu dipercayai membabitkan individu sama walaupun berlaku di tiga daerah berbeza di negeri…

Read More

Larangan TikTok selama setahun di Albania

ALBANIA mengumumkan larangan selama setahun terhadap aplikasi video pendek popular TikTok, susulan pembunuhan seorang remaja bulan lalu yang menimbulkan kebimbangan pengaruh media sosial terhadap kanak-kanak. Larangan ini adalah sebahagian daripada rancangan yang lebih luas untuk menjadikan sekolah lebih selamat, menurut Perdana Menteri Edi Rama selepas bertemu dengan kumpulan ibu bapa dan guru dari seluruh negara. Rama berkata, selama setahun negara itu akan menutup sepenuhnya akses kepada TikTok. Beberapa negara Eropah seperti Perancis, Jerman dan Belgium telah melaksanakan sekatan terhadap penggunaan media sosial oleh kanak-kanak.

Read More

Penyebaran ulser pemakan daging

SYDNEY – Jabatan Kesihatan Victoria, negeri kedua paling padat penduduk di Australia mengeluarkan amaran berhubung penyebaran ulser pemakan daging, Buruli yang kini merebak di seluruh negeri, termasuk di pedalaman Melbourne. Menurut amaran Jabatan Kesihatan, risiko jangkitan paling tinggi berlaku semasa musim panas, dan ulser boleh mengambil masa empat hingga lima bulan untuk berkembang sepenuhnya. Ulser Buruli adalah jangkitan bakteria yang dipercayai disebarkan dari “possum” kepada manusia melalui gigitan nyamuk. Pada peringkat awal, ia muncul sebagai benjolan atau luka yang tidak menyakitkan, tetapi boleh berkembang menjadi ulser yang merosakkan. Jika tidak…

Read More

Kerajaan MADANI yakin menang PRU

SUBANG JAYA  21 Dis. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim yakin Kerajaan MADANI mempunyai kelebihan memenangi pilihan raya umum (PRU) jika diadakan dalam tempoh terdekat. Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan kerangka pentadbirannya yang mementingkan aspek pengurusan ekonomi. “Kalau ada pilihan raya umum sekarang, saya lebih yakin menang. “Ia memerlukan usaha yang tinggi untuk meletakkan agenda ekonomi pada situasi sekarang,” katanya pada sidang media di sini hari ini. Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yakin prestasi Kerajaan MADANI termasuk Jemaah Menteri masih boleh diperbaiki. Beliau mengakui ada prestasi…

Read More