Kadar kebolehjangkitan kekal 0.99

PUTRAJAYA 12 Sept. – Nilai kadar kebolehjangkitan semalam kekal pada 0.99 sama seperti hari sebelumnya, Jumaat dengan Sarawak kekal pada kadar tertinggi 1.15.

Selain Sarawak, tujuh lagi negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan iaitu Terengganu 1.09, Perak 1.05, Johor 1.05, Pahang 1.04, Pulau Pinang 1.03, Kelantan 1.02 dan Perlis 1.02.

Sementara itu tujuh negeri mencatat R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Melaka 0.97, Kedah 0.94, Sabah 0.93, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.92, Negeri Sembilan 0.82,

Selangor 0.81 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.79.

Wilayah Persekutuan Labuan, yang sudah mencapai imuniti kelompok pula hanya mencatatkan dua kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment