SEREMBAN 21 Dis. – Menteri Luar, Mohamad Hasan, telah menjelaskan kompaun yang dikenakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seremban (PKDS) itu sehari selepas menerima notis berhubung kesalahan merokok. Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau menjelaskan kompaun yang dikenakan sehari selepas menerima notis berkenaan. dan tiada apa lagi yang berbangbangkit. Beliau bagaimanapun enggan menyatakan jumlah kompaun yang dibayar tetapi menyatakan urusan berkenaan telah selesai. “Syukurlah kompaun yang dikenakan itu tidak terlalu tinggi dan semuanya telah selesai,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pertandingan E-Sport Piala Tok Mat 2024, di Kip Mall…
Read MoreDay: December 21, 2024
Berita pilihan…
Siasat pembunuhan 3 kakitangan WFP
HAMILTON – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengecam pembunuhan tiga kakitangan Program Makanan Sedunia (WFP) di Sudan dan menyeru siasatan menyeluruh dijalankan. Jurucakap Stephane Dujarric dalam satu kenyataan bagi pihak Guterres berkata, Setiausaha Agung amat marah dengan pembunuhan pada 19 Disember, apabila pejabat lapangan agensi itu di Yarbus, Blue Nile State, terkena serangan udara. Sambil menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan rakan sekerja mereka di WFP, beliau juga mengutuk sekeras-kerasnya semua serangan ke atas kakitangan dan kemudahan PBB serta bantuan kemanusiaan di samping menyeru agar siasatan…
Read MoreKedudukan PM Kanada tergugat
OTTAWA – Kedudukan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, kini tergugat selepas sekutu utamanya mengumumkan rancangan untuk menggulingkan kerajaan minoriti Liberal sekaligus mengadakan pilihan raya. Beliau dijangka kehilangan kuasa awal tahun depan setelah Ketua Parti Demokratik Baharu (NDP), Jagmeet Singh, mengemukakan usul tidak percaya secara rasmi selepas Dewan Rakyat kembali bersidang pada 27 Januari. Trudeau, yang telah memegang jawatan Perdana Menteri selama lebih daripada sembilan tahun, sebelum ini mendapat sokongan NDP Pengumuman Singh dibuat tidak lama selepas Menteri Kewangan Trudeau secara mengejut meletakkan jawatan minggu ini, menambah tekanan kepada perdana menteri…
Read More