Bayaran haji 2025 naik 20 peratus

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Bayaran haji bagi tahun 2025 naik 20 peratus bagi jemaah haji muassasah kumpulan B40 dan M40 susulan peningkatan kos penginapan, penerbangan dan caj perkhidmatan di Tanah Suci.

Bagi jemaah haji muassasah kumpulan B40 yang menunaikan ibadah itu buat kali pertama bayaran adalah RM15,000 berbanding RM12,356 pada 2024 manakala bagi kumpulan M40 yang kali pertama menunaikan ibadat itu ialah RM23,500 berbanding RM19,152 seorang pada 2024.

Manakala kadar bayaran bagi bakal haji kumpulan T20 yang kali pertama kekal RM33,300 pada 2025 iaitu bersamaan kos haji bagi seorang haji muassasah yang ditetapkan pada 2024.

Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Syed Hamadah Syed Othman dalam sidang media khas hari ini berkata,

TH dapat mengekang peningkatan kos bagi musim haji 1446H/2025M di mana kos haji masih kekal pada RM33,300 bagi seorang jemaah muassasah.

Katanya, bagi tujuan mengekang kenaikan kos, TH mengambil pelbagai langkah perlu termasuk mendapatkan kontrak jangka panjang penerbangan sementara kos

penginapan, penerbangan dan caj perkhidmatan di Tanah Suci merangkumi 87 peratus dari kos keseluruhan adalah di luar kawalan TH.

Katanya, TH meneruskan Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) kepada jemaah Muassasah dalam kategori B40 dan M40 yang kali pertama menunaikan ibadat itu bagi musim haji 1446H/2025M.

Menurut Syed Hamadah, bagi kumpulan B40, Bantuan Kewangan Haji diperuntukkan adalah RM18,300 atau 55 peratus manakala bagi jemaah haji dalam kalangan M40, sebanyak 29 peratus atau RM9,800.

Bantuan Kewangan Haji pada musim haji kali ini dianggarkan berjumlah RM261 juta dan ini menjadikan jumlah terkumpul meningkat kepada lebih RM2.8 bilion dalam masa 25 tahun.

“Justeru, TH mengambil langkah menurunkan kadar Bantuan Kewangan Haji secara berperingkat sejak 2022 ke arah memenuhi konsep kemampuan dalam menunaikan ibadat haji atau istitoáh di mana ibadat haji diwajibkan bagi yang berkemampuan,” katanya.

Katanya, jumlah itu termasuk bantuan kerajaan sebanyak RM1,000 seorang bagi jemaah Muassasah kali pertama dalam kalangan kumpulan B40.

Nnn

Related posts

Leave a Comment