e.MAS7 kereta rasmi Kepengerusian ASEAN 2025

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton) melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) pertama, e.MAS7 yang juga akan menjadi kenderaan rasmi ketika Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2025. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim melancarkan kenderaan itu di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, . “Untuk ASEAN tahun depan, e.MAS7 akan jadi kenderaan rasmi kita. Kita mahu dan harapkan ia dapat mempromosi kemampuan kita menghasilkan kereta elektrik bermutu,” katanya yang turut bersyukur dengan kejayaan itu. Beliau turut mengimbas kembali pasang surut yang perlu ditempuh Proton…

Read More

Pas anggap satu ‘drama bersiri’

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Ketika pemimpin UMNO pelbagai peringkat membuat ‘bantahan’ kepada PKR susulan desas-desus penyertaan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ke dalam parti tersebut, Pas pula menyifatkannya satu ‘drama bersiri’ . Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang menyifatkan demikian berkata, UMNO tahu PKR ialah parti yang diketuai oleh Perdana Menteri sendiri, justeru tidak boleh lawan terlalu kuat sehingga menjejaskan hubungan ‘cikgu-murid’. Katanya, untuk rekod, ketika PKR sebagai pembangkang pada tahun 2021, terdapat kes yang sama iaitu PKR ‘curi’ ahli dari parti Amanah. Ia berlaku apabila…

Read More

Pemimpin UMNO terus bersuara isu ‘pindah parti’

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Beberapa pemimpin UMNO terus bersuara menyatakan pandangan berhubung desas desus Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Tengku  Zafrul Tengku Abdul Aziz akan menyertai PKR. Mereka bercakap mengenai kesetiaan dan kejujuran kepada parti serta menghentikan budaya tukar atau lompat parti. Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin turut melontarkan nasihat kepada ahli parti itu untuk sentiasa mempunyai kekuatan diri dan tidak mengharapkan sebarang keistimewaan sewaktu menyertai wadah politik. Beliau berkata, dalam sebuah parti politik yang besar, wujud pelbagai budaya termasuklah perilaku cah keting (sabotaj) dan adalah penting…

Read More

Muhyiddin diarah bayar Guan Eng RM400,00

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Muhyiddin Yassin membayar RM400,000 kepada Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, sebelum 31 Disember ini. Jumlah itu adalah sebahagian daripada ganti rugi saman fitnah berjumlah RM1.402 juta yang perlu dibayar oleh Presiden Bersatu itu kepada Guan Eng melalui perintah mahkamah sama pada 8 November lalu. Pada 9 Disember lalu, Muhyiddin memohon pembayaran ganti rugi itu ditangguhkan sementara menunggu rayuannya diputuskan, dengan alasan jumlah penghakiman berkenaan adalah besar dan memerlukan masa untuk mengumpul amaun berkenaan. Pada prosiding dalam kamar hakim hari ini,…

Read More

Bayaran haji 2025 naik 20 peratus

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Bayaran haji bagi tahun 2025 naik 20 peratus bagi jemaah haji muassasah kumpulan B40 dan M40 susulan peningkatan kos penginapan, penerbangan dan caj perkhidmatan di Tanah Suci. Bagi jemaah haji muassasah kumpulan B40 yang menunaikan ibadah itu buat kali pertama bayaran adalah RM15,000 berbanding RM12,356 pada 2024 manakala bagi kumpulan M40 yang kali pertama menunaikan ibadat itu ialah RM23,500 berbanding RM19,152 seorang pada 2024. Manakala kadar bayaran bagi bakal haji kumpulan T20 yang kali pertama kekal RM33,300 pada 2025 iaitu bersamaan kos haji bagi seorang…

Read More

Israel tingkat penduduk Bukit Golan

BAITULMAQDIS – Kerajaan Israel meluluskan rancangan meningkatkan penduduk di Bukit Golan, yang dikuasai rejim Zionis, kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. Israel juga menegaskan tidak berhasrat untuk berkonfrontasi dengan Syria selepas merampas zon penampan dipantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dalam kenyataan semalam, kerajaan ‘sebulat suara meluluskan’ rancangan bernilai 40 juta shekel (RM49.39 juta) bagi ‘pembangunan demografi di Bukit Golan susulan peperangan dan pentadbiran baharu di Syria serta hasrat menggandakan penduduk’. Bukit Golan menempatkan hampir 30,000 warga Israel dan kira-kira 23,000 penduduk Arab Druze, yang kehadirannya mendahului pendudukan rejim…

Read More

Penduduk zon bahaya diarah pindah

MANILA – Filipina mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk melengkapkan proses pemindahan penduduk dalam zon bahaya sekitar enam kilometer daripada Gunung Berapi Kanlaon berikutan peningkatan aktiviti gunung berapi itu. Langkah itu diambil susulan peningkatan aktiviti gunung berapi yang mendorong pihak berkuasa bertindak pantas bagi melindungi penduduk daripada bahaya risiko. Pada 9 Disember lalu, Kanlaon, yang terletak di sempadan Wilayah Negros Oriental dan Negros Occidental di Pulau Negros, Filipina tengah, meletus dengan menghamburkan kepulan besar abu yang menjulang lebih 4,000 meter ke udara. Pengarah Pejabat Pertahanan Awam di Wilayah Visayas Barat Raul…

Read More