KUALA LUMPUR 11 Dis. – Bekas Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein mengulangi pendiriannya untuk tidak merayu keputusan penggantungan keahliannya selama enam tahun bermula 27 Januari tahun lalu . Ketika ditemui di Dewan Rakyat, Hishamuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong itu menegaskan beliau tidak akan mengemukakan rayuan atas alasan sehingga ke hari ini tidak tahu punca penggantungannya selama enam tahun. Sebelum ini Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesediaannya untuk kembali membuka ruang kepada bekas pemimpin UMNO yang sebelum ini berdepan tindakan disiplin. Ia susulan penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen…
Read MoreDay: December 11, 2024
Bayar RM100,000 bukan RM10 juta
PUTRAJAYA 11 Dis. – Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 daripada jumlah RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu. Hakim Mahkamah Rayuan See Mee Chun, ketika membacakan penghakiman berkata bahawa pampasan RM10 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Zuraida adalah tidak munasabah. Bagaimanapun, panel tiga hakim itu terrdiri daripada See, Azman Abdullah dan Ahmad Kamal Md Shahid dalam keputusan sebulat suara, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Zuraida telah melanggar syarat bon parti. Pada 23…
Read MoreICT akan dipaten harta intelek
KUALA TERENGGANU 11 Dis. – Kerajaan negeri dalam proses akhir untuk mempatenkan ikan celup tepung (ICT) sebagai harta intelek di bawah kategori Petunjuk Geografi (GI). Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ariffin Deraman berkata, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) giat mengumpul semua pengusaha ICT di seluruh negeri. “Kita jangka ICT dapat dipatenkan sebagai harta intelek di bawah kategori GI selewat-lewatnya tahun depan. “Hasil maklum balas dilakukan mendapati pengusaha ICT pada dasarnya bersetuju produk makanan laut itu dipatenkan seperti saranan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), November lalu,”…
Read MoreSelaras harga baharu BPT belum muktamad
KUALA LUMPUR 11 Dis. – Cadangan penyelarasan harga baharu beras putih tempatan (BPT) masih belum dimuktamadkan sepenuhnya memandangkan kajian terperinci mengenainya masih dijalankan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kementeriannya akan meneliti syor dan penambahbaikan digariskan melalui kajian terbabit. Katanya, komitmen sama turut diberikan untuk meneliti kajian am yang dibuat Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenai industri padi beras negara. “Sesi libat urus bersama pemegang taruh sudah selesai namun cadangan termasuk bagi penyelarasan harga baharu BPT masih belum dimuktamadkan sepenuhnya memandangkan kajian terperinci sedang berjalan. Dalam…
Read MoreBerita pilihan…
Bashir PM sementara Syria hingga Mac 2025
DAMSYIK – Bekas pemimpin Kerajaan Penyelamat, Mohammed al-Bashir, mengambil alih tugas sebagai perdana menteri sementara dengan sokongan pemberontak Syria yang menumbang Presiden Bashar al-Assad baru-baru ini. Bashir yang sebelum ini mengetuai pentadbiran di kawasan barat laut yang dikuasai pemberontak, berkata beliau akan memimpin kerajaan sementara sehingga 1 Mac 2025. Dalam ucapan ringkasnya di televisyen, beliau berkata, satu mesyuarat Kabinet akan diadakan, membabitkan pasukan daripada Kerajaan Penyelamat yang beroperasi di Idlib dan kawasan sekitarnya, serta kerajaan rejim yang digulingkan. “Mesyuarat itu bertujuan menyerahkan fail dan institusi pentadbiran kepada kerajaan sementara,” katanya.…
Read MoreNetanyahu beri keterangan di mahkamah
TEL AVIV – Selepas didakwa dengan pertuduhan rasuah, penipuan, dan pecah amanah pada 2019, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, buat pertama kali hadir memberi keterangan dalam perbicaraannya di Mahkamah Daerah Tel Aviv. Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada jutawan dan meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi syarikat media sebagai balasan untuk liputan positif. Susulan perang Gaza yang bermula pada Oktober 2023, Netanhayu diberi kebenaran untuk menunda kehadirannya di mahkamah tetapi pada Khamis, panel hakim perbicaraan memerintahkannya untuk mula hadir memberi keterangan. Perbicaraan dipindahkan dari Baitulmuqaddis ke lokasi rahsia atas faktor keselamatan. Dia akan…
Read More