PUTRAJAYA 10:Dis. – Dr Mahathir Mohamad mendakwa, hasil Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebagai bersifat politik. Bekas Perdana Menteri itu berkata, ini adalah untuk memusnahkan imejnya kerana hanya beliau seorang yang dipertanggungjawabkan sedangkan keputusan berhubung Batu Puteh dibuat secara bersama oleh Kabinet ketika itu. Bagaimanapun Perdana Menteri ketujuh itu bersedia untuk menghadapi siasatan jenayah seperti disyorkan laporan berkenaan. “Jika ada sebarang siasatan (jenayah) ke atas saya, saya bersedia. Ya, ini adalah tindakan bermotifkan politik. Keseluruhan…
Read MoreDay: December 10, 2024
PM cadang Agong pertimbang tahanan rumah
KUALA LUMPUR 10 Dis. – Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu titah adendum Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan. Perdana Menteri menjelaskan, Lembaga Pengampunan akan mengambil kira beberapa perkara termasuk perjalanan kes, hukuman, sikap di penjara, khidmat dan jasa serta kepercayaan boleh menyempurnakan tanggungjawab dengan baik sebelum membuat keputusan pada masa yang difikirkan sesuai. “Cuma, memandangkan perkara ini terus berbangkit, saya ada kemukakan untuk pertimbangan Yang di-Pertuan Agong sekarang (Sultan Ibrahim), pada masa yang difikirkan sesuai oleh Agong, merujuk perkara itu kepada Lembaga Pengampunan…
Read MoreAdendum: PMX ‘ditekan’, Takiyuddin ditempelak
KUALA LUMPUR 10 Dis. – Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak boleh menjawab mengenai kewujudan Titah Adendum melibatkan Najib Tun Razak di Dewan Rakyat bagi menghormati kes mahkamah yang sedang berjalan. Perdana Menteri berkata, Dewan Rakyat menghalang perbincangan subjudis setelah mahkamah menetapkan 6 Januari depan untuk mendengar kes rayuan bekas Perdana Menteri itu bersama Menteri Dalam Negeri dan enam yang lain. “Saya tertakluk (kepada undang-undang), saya boleh jawab (tetapi) bagi saya masa selepas mahkamah (putuskan), saya akan datang sini (Dewan Rakyat) untuk jawab. “Sejak bila seorang Perdana Menteri boleh mengulas (keputusan)…
Read MoreDewan Rakyat panas dengan isu Titah Adendum
KUALA LUMPUR 10 Dis. – Isu kewujudan Titah Adendum menjadi panas apabila Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mengemukakan soalan tambahan selepas Anwar Ibrahim menjawab soalan asal yang dikemukakannya. Takiyuddin dalam soalan asalnya meminta penjelasan Perdana Menteri mengenai kewujudan Titah Adendum yang berkaitan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berhubung permohonan pengampunan Najib Razak. Anwar kemudiannya menjawab bahawa peraturan mesyuarat tidak membenarkan perbahasan isu itu susulan pengurusan kes di mahkamah dan ia perlu menunggu kes itu diputuskan pada 6 Januari tahun depan. Bagaimanapun Anwar berkata, untuk rekod, beliau telah persembahkan kepada Tuanku atas…
Read More“Saya tidak gadai kedaulatan Malaysia”
PUTRAJAYA 10 Dis. – “Saya tidak sama sekali menipu. Saya tidak sama sekali gadai kedaulatan Malaysia. Segala keputusan saya adalah demi bangsa, demi agama, demi Negara,” demikian penegasan Dr. Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri itu menegaskan demikian sebagai reaksi kepada hasil Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan. Laporan RCI itu antara lain mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Dr Mahathir, sebagai Perdana Menteri ketujuh. Dalam satu kenyataan sebelum sidang media khas berhubung laporan RCI di pejabatnya…
Read MoreBerita pilihan…
Indonesia hargai pengiktirafan UNWTO
TABANAN – Menteri Pelancongan Indonesia, Widiyanti Putri Wardhana optimis kunjungan pelancong ke Jatiluwih yang diiktiraf sebagai antara kawasan pelancongan terbaik di dunia bagi tahun ini menintkat. Beliau turut menghargai pengiktirafan yang diberi oleh Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) itu. Katanya, pemerintah Indonesia komited menjadikan Bali sebagai nadi pelancongan negara dengan moto Pelancongan Berkualiti, dalam usaha meningkatkan jumlah kunjungan pelancong ke pulau itu. Beliau menyatakan perkara itu semasa lawatannya ke Kawasan Pelancongan Jatiluwih (DTW) di Tabanan, Bali, pada Isnin, menurut laporan agensi berita ANTARA. Dalam majlis yang sama, Timbalan…
Read MoreBekas PM Syria setuju serah kuasa
DAMSYIK – Bekas Perdana Menteri Syria, Mohammad Ghazi al-Jalali bersetuju untuk menyerahkan kuasa kepada rakan sejawatan daripada kumpulan pembebas. Beliau memberitahu TV Al Arabiya, persetujuan itu dicapai semasa pertemuan antara kumpulan pembebasan Syria, Hayat Tahrir al-Sham (HTS) dengan Ghazi al-Jalali iaitu Perdana Menteri di era pentadbiran rejim Bashar al-Assad. Video yang dikongsi oleh kumpulan itu pada Isnin menunjukkan pemimpin HTS, Abu Mohammed al-Jolani dan Perdana Menteri Kerajaan Penyelamat yang berkaitan HTS Mohammed al-Bashir, bertemu dengan Ghazi al-Jalali. Menurut kenyataan HTS, pertemuan itu adalah untuk “menyelaraskan peralihan kuasa dengan cara yang…
Read More