Waran tangkap, Israel rayu ICC

JERUSALEM – Israel akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berhubung waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant.

Kenyataan dari pejabat Netanyahu berkata, Israel “menafikan kuasa” ICC dan Hague “dan kesahihan waran tangkap” terhadap pasangan itu.

“Israel menyerahkan rayuan kepada ICC untuk menangguhkan pelaksanaan waran tangkap itu,” kata kenyataan itu.

Enam haru lalu, hakim di  ICC mengeluarkan waran tangkap ke atas Netanyahu dan Gallant, serta seorang komander Hamas, Mohammed Deif, yang didakwa oleh Israel telah dibunuh Julai lalu.

Waran tangkap itu dikeluarkan berdasarkan peranan mereka dalam perang di Gaza yang sekali gus akan menyekat Netanyahu dan Gallant daripada melawat mana-mana daripada 124 negara anggota ICC serta berisiko ditangkap.

Nnn

Related posts

Leave a Comment