PENGERUSI Majlis Kebangsaan Palestin Rawhi Fattuh dinamakan sebagai calon pengganti Presiden Palestin apabila Mahmoud Abbas berundur.
Abbas mengumumkan Fattuh akan menggantikannya dalam tempoh sementara apabila jawatan itu dikosongkan, sekali gus berpeluang menyingkirkan Hamas daripada sebarang penglibatan dalam peralihan masa depan.
Berusia 89 tahun, Abbas masih memerintah walaupun tempohnya sebagai ketua Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah berakhir pada 2009 dan telah menentang tekanan untuk melantik pengganti atau Naib Presiden
Dalam satu dekri, Abbas berkata, Fattuh akan menjadi pengganti sementaranya sekiranya jawatan itu kosong.
“Jika jawatan Presiden kosong tanpa kehadiran majlis perundangan, presiden Majlis Kebangsaan Palestin akan memikul tugas… buat sementara waktu,” katanya.
Dekri itu menambah, berikutan tempoh peralihan, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 90 hari dan tarikh akhir ini boleh dilanjutkan sekiranya berlaku “force majeure”.
