SUBANG 8 Nov. – Selepas setahun berkhidmat, kumpulan pertama Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 yang terlibat dengan misi pengaman di Selatan Lubnan selamat tiba di tanah air hari ini. .Kepulangan kontinjen yang berkhidmat dalam Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) tiba dengan menaiki pesawat komersial Batik Air yang mendarat di Pangkalan Udara Subang di sini. Menurut laman Facebook MyJointForce, kumpulan itu terdiri daripada enam pegawai dan 200 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang diketuai Ketua Pergerakan, Komander Errudin Bujang TLDM. Ketibaan kumpulan terbabit disambut…
Read MoreDay: November 8, 2024
Pertukaran trup MALBATT ikut jadual UNIFIL
KUALA LUMPUR 8 Nov. – Rancangan pertukaran trup antara pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 dan MALBATT 850-12 akan dilakukan mengikut jadual Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL). Menurut Bahagian Risikan dan Komunikasi Strategik Pertahanan, Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), rancangan pertukaran trup turut dilaksanakan beberapa negara lain yang menghantar trup pengaman ke UNIFIL. “Semua proses pertukaran trup yang dilakukan pada bulan ini adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. “Pada masa ini trup MALBATT 850-12 yang masih berada di Malaysia, tetap menjalankan tugas seperti biasa dan sedang…
Read MorePenolong pegawai IT rugi RM153,023
KUANTAN 8 Nov. – Seorang penolong pegawai teknologi maklumat (IT) sebuah agensi kerajaan di daerah ini kerugian RM153,023 selepas menyertai skim pelaburan tidak wujud yang kononnya menawarkan keuntungan sehingga 45 peratus. Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan semalam, lelaki berusia 45 tahun itu terjerat dalam penipuan pelaburan berasaskan bitcoin selepas diperdaya dengan individu yang dikenali melalui aplikasi Tinder. Katanya, mangsa ditawarkan peluang pelaburan dengan pulangan bonus sebanyak 45 peratus sekiranya melabur sejumlah RM100,000. “Mangsa tertarik untuk menerima tawaran itu selepas memperolehi keuntungan pelaburan daripada dua transaksi awal,” katanya…
Read MoreRM1.35 juta: Muhyiddin arah peguam rayu
KUALA LUMPUR 8 Nov. – Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengarahkan peguamnya untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi hari ini, yang memerintahkan beliau membayar ganti rugi RM1.35 juta kepada Lim Guan Eng kerana memfitnah. Dalam satu kenyataan melalui Facebooknya, Muhyiddin berkata beliau mempertahankan kenyataan yang dipertikaikan itu tidak bersifat memfitnah dan mempunyai pembelaan yang baik. “Walaupun saya menghormati keputusan mahkamah, saya sangat kecewa dengan keputusan itu. “Sebagai mematuhi keputusan mahkamah, saya akan memadamkan hantaran yang menjadi subjek kepada tindakan saman ini daripada akaun Facebook dan media sosial saya. Saya mempunyai pembelaan yang…
Read MoreGuan Eng bersyukur keputusan mahkamah
KUALA LUMPUR 8 Nov. – Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bersyukur mendapat keadilan sekaligus membersihkan namanya selepas Mahkamah Tinggi memutuskan Muhyiddin Yassin bertanggungjawab terhadap fitnah keatasnya.. Pengerusi DAP itu berkata, keputusan mahkamah menunjukkan bahawa kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) terhadapnya adalah palsu dan tidak berasas. “Malah, (kenyataan Muhyiddin) adalah suatu kenyataan yang amat ‘harmful’ dan boleh disebut ‘merosakkan’ dalam sebuah masyarakat majmuk. Hari ini saya mendapat keadilan untuk membersihkan nama saya kerana sememangnya saya tidak buat,” katanya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata demikian pada sidang media selepas …
Read MoreLubnan sifatkan “jenayah perang”
BEIRUT – Lubnan menyifatkan serangan dron Israel ke atas bandar selatan Sidon semalam sebagai “jenayah perang” yang membunuh tiga orang awam dan mencederakan beberapa askar Lubnan serta anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kementerian Luar Lubnan berkata ia mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel itu dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengecam serangan berkenaan serta meminta Israel bertanggungjawab. Ia juga menyifatkan serangan berkenaan sebagai `peningkatan serangan Israel yang menyasarkan anggota pengaman UNIFIL, askar Lubnan dan orang awam yang merupakan pelanggaran terang-terangan undang-undang kemanusiaan antarabangsa’. Lubnan turut mengulangi komitmen terhadap peranan penting UNIFIL dalam…
Read MoreSebutan semula kes tekap seterika 27 Dis.
KUALA LUMPUR 8 Nov. – Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menekap seterika pada tubuh seorang pelatih junior. Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Egusra Ali. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Salman Mohd Saiful Surash, 20, menggunakan seterika wap panas pada pukul 11.45 malam di ALK UPNM di Kem Sungai Besi di sini. Pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 324 Kanun…
Read MoreMuhyiddin diperintah bayar RM1.35 juta
KUALA LUMPUR 8 Nov. – Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin membayar ganti rugi berjumlah RM1.35 juta kepada Lim Guan Eng selepas didapati bertanggungjawab memfitnah Pengerusi DAP itu. Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain, mengeluarkan perintah itu ketika membenarkan tuntutan saman fitnah yang dikemukakan Guan Eng selaku plaintif terhadap Muhyiddin (defendan), berhubung isu pembatalan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary. Roz Mawar mendapati Guan Eng berjaya membuktikan kesnya terhadap Muhyiddin melalui prinsip imbangan kebarangkalian, iaitu beban pembuktian bagi proses tuntutan saman sivil. Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana…
Read MoreBerita pilihan…
Siapa menang, tiada beza kepada Iran
TEHRAN – Siapa pun yang memenangi Pilihan Raya Presiden di Amerika Syarikat (AS) tidak akan membawa perbezaan kepada Iran, kata Presidennya, Masoud Pezeshkian. Pezeshkian berkata, rakyat Iran bergantung kepada kekuatan dalaman mereka, sambil memuji rakyatnya yang mempunyai harga diri. Beliau juga berkata, Iran tidak mempunyai pandangan yang terbatas dalam mengembangkan hubungan dengan negara-negara lain. Katanya, pengembahgan hubungan dengan negara-negara Islam dan jiran merupakan salah satu keutamaan tertinggi Iran. Presiden Iran itu turut menyeru pembentukan perpaduan dan kesatuan dalam kalangan negara-negara Islam. “Jika semua negara dalam dunia Islam bersatu sebagai saudara,…
Read More