Bendera: Jangan salah erti kenyataan

IPOH 26 Okt. – Menteri Besar, Saarani Mohamad, meminta agar kenyataannya berhubung tindakan kumpulan individu mengibarkan bendera China pada perarakan Sambutan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan, kelmarin, tidak disalahertikan. Beliau berkata, pendirian kerajaan negeri sangat jelas bahawa apa jua kegiatan dalam penganjuranatau perhimpunan, adalah tidak menjadi kesalahan selagi ia memenuhi dan mengikuti peraturan serta undang-undang sedia ada. Katanya, perbuatan yang menjadi kesalahan ialah jika ada mana-mana warga Malaysia mengibarkan bendera asing kerana ia adalah tindakan dilihat mengagung-agungkan negara lain “Tindakan warga asing mengibarkan bendera kebangsaan masing-masing di luar negara,…

Read More

Tiada lagi sewaan khemah biru di pantai PD

PORT DICKSON 26 Okt . – Mulai 18 November ini, semua aktiviti sewaan khemah biru dihentikan di Pantai Telok Kemang, Pantai Tanjung Biru dan Pantai Cermin. Notis dikeluarkan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) itu antara lain memaklumkan semua khemah dan peralatannya perlu dibersihkan dari tapak perniagaan. Surat ditandatangani Yang Dipertua MPPD, Hasnor Abd Hamid itu, menyenaraikan alasan tindakan terbabit, termasuk aktiviti sewaan khemah biru di Pantai Telok Kemang menjejaskan nama baik Port Dickson sebagai pantai peranginan. “Ini ditambah lagi dengan tindakan segelintir peniaga yang menghalau orang awam daripada menggunakan pantai…

Read More

Nafi hubungan rahsia Putin-Musk

MOSCOW – Kremlin menafikan laporan The Wall Street Journal (WSJ) bahawa Presiden Russia, Vladimir Putin dan bilionair Amerika Syarikat (AS), Elon Musk menjalin hubungan secara rahsia sejak 2022. Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata, laporan berkaitan yang disiarkan akhbar itu sama sekali tidak benar. WSJ dalam laporannya mendakwa Putin membincangkan hal peribadi dan politik dengan individu terkaya di dunia yang turut menyokong kempen pilihan raya Donald Trump menerusi pendanaan dan mesej di platform Xnya. Laporan itu mendakwa Putin meminta Musk mengelak daripada mengaktifkan perkhidmatan internet satelit Starlinknya di Taiwan sebagaimana diminta…

Read More

Vaksin baru mulai 28 Oktober di Singapura

SINGAPURA – Mulai Isnin ini, 28 Oktober, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) akan memperkenalkan vaksin Covid-19 terkini iaitu JN.1 Pfizer-BioNTech/Comirnaty dan JN.1 Moderna/Spikevax untuk Pengenalan vaksin itu berikutan saranan Jawatankuasa Pakar Pengimunan (ECI) bagi tahun 2024/2025. Menurut kenyataan MOH, vaksinasi ini sangat digalakkan untuk golongan yang berisiko tinggi mengalami Covid-19 yang teruk, termasuk warga emas dan individu yang mempunyai masalah kesihatan. ECI, sebuah jawatankuasa tetap yang memberikan nasihat mengenai pengimunan yang disyorkan di peringkat kebangsaan untuk kanak-kanak dan orang dewasa, mengesyorkan bahawa individu yang berisiko tinggi mengalami Covid-19 teruk perlu menerima…

Read More

Logo khusus Malaysia MADANI

PUTRAJAYA 25 Okt. – Logo khusus Malaysia MADANI dilancarkan hari ini yang berteraskan enam nilai iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Keyakinan, Hormat dan Ihsan. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil melancarkan logo itu untuk digunakan dalam setiap aktiviti serta program anjuran kementerian, jabatan serta agensi kerajaan. Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata, Mesyuarat Khas Akademi Kenegaraan pada 27 Februari lalu memutuskan penggunaan logo itu berfungsi sebagai lambang atau representasi kepada gagasan Malaysia MADANI yang perlu diperluaskan penggunaannya. “Setiap penganjuran program kementerian, jabatan dan agensi kerajaan seharusnya dipadankan dengan nilai teras Malaysia MADANI yang…

Read More

Jiwa besar Najib sebagai pemimpin

KUALA LUMPUR 25 Okt. – UMNO menyifatkan permohonan maaf secara terbuka dibuat Najib Razak berhubung kejadian salah laku dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) datang daripada hati nurani yang suci dan tulus serta menzahirkan perasaan ikhlas bekas Perdana Menteri itu. Setiausaha Agungnya, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata kenyataan itu membuktikan dengan jelas dan terang semangat serta jiwa besar Najib sebagai pemimpin utama negara yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dalam apa juga keadaan. “UMNO menegaskan kenyataan itu menggariskan beliau diperdayakan pihak tidak bertanggungjawab dan cuba untuk mengambil kesempatan serta meraih keuntungan…

Read More

Siri MADANI kutip RM2.6 juta

PUTRAJAYA 25 Okt. – Bidaan harga tertinggi nombor pendaftaran istimewa (NPI) siri MADANI membabitkan nombor pendaftaran MADANI 6 dengan harga RM68,888, diikuti MADANI 5 (RM58,001); MADANI 4 (RM55,000) dan MADANI 3 (RM51,111). Secara keseluruhan, selepas bidaan NPI siri MADANI dibuka pada 10 Oktober hingga Rabu lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya merekodkan kutipan hasil keseluruhan sebanyak RM2,623,329. Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli, berkata, lima  nombor paling banyak dibida ialah MADANI 1118 dengan 17 pembida, MADANI 8055 (15 pembida), MADANI 998 (13 pembida), MADANI 1305 (13 pembida) dan MADANI 113…

Read More

Cukup-cukuplah minta maaf”

SEPANG 25 Okt. – Pemuda UMNO di semua peringkat di Perak diarah membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan segera diambil terhadap penganjur perhimpunan yang menyaksikan perarakan bendera China di Menara Condong Teluk Intan, Perak, malam tadi. Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata Pemuda UMNO mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan segera ke atas insiden pengibaran bendera China itu kerana insiden berkenaan jelas mengguris sensitiviti rakyat pelbagai kaum di negara ini. “Buat perarakan di tempat awam, sudahlah tiada permit (berhimpun), kibar pula bendera China. Tiada satu pun bendera Malaysia. Sebelum ini sudah…

Read More