Naim Qassem ganti Hasan Nasrallah

BEIRUT – Hizbullah sudah memilih Timbalan Ketuanya, Naim Qassem bagi menggantikan Hasan Nasrallah sebagai pemimpin kumpulan disokong Iran itu. Beliau akan menerajui kumpulan itu, selepas Nasrallh maut dalam serangan Israel di selatan Beirut, bulan lalu. “Majlis (pentadbiran) Syura Hizbullah bersetuju untuk mengundi… Sheikh Naim Qassem sebagai Setiausaha Agung Hizbullah,” katanya dalam kenyataan. Ketua Majlis Eksekutif Hizbullah, Hashem Safieddine, pada awalnya dijangka menggantikan Nasrallah tetapi beliau juga terbunuh dalam serangan Israel di pinggir selatan Beirut tidak lama selepas pembunuhan Nasrallah. Qassem, 71, adalah antara pengasas Hizbullah pada 1982 dan dilantik sebagai…

Read More

MCMC ambil keterangan Razman

PUTRAJAYA 29 Okt. – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil keterangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria susulan membuat hantaran didakwa bersifat palsu dan jelik pada akaun Facebook miliknya. MCMC dalam satu kenyataan berkata, hantaran yang dimaksudkan itu membabitkan beberapa isu sensitif berbaur perkauman termasuk isu kibaran bendera negara asing ketika perarakan sambutan ‘Malaysia Guang Ze Zun Wang Cultural Festival 2024, baru-baru ini. “Terdahulu, satu notis sudah dihantar kepada beliau untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan. “Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

Read More

Belum ada pengesahan dokumen medan perang

PUTRAJAYA 29 Okt. – Wisma Putra belum dapat mengesahkan kesahihan tentang gambar tular menunjukkan dokumen pengenalan diri dan lesen memandu milik rakyat Malaysia yang dilaporkan ditemui di medan perang Ukraine-Russia. Kementerian Luar menyatakan pihaknya sudah mengambil maklum mengenai laporan yang mengatakan MyKad dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dijumpai di Levadne, Zaporizhia itu. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, maklumat berkenaan telah dipanjangkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk pengesahan dan memohon pihak media dan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi. Terdahulu, tular di media sosal beberapa keping gambar termasuk MyKad…

Read More

Hilman idham Ketua Armada Bersatu

KUALA LUMPUR 29 Okt. –  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham dipilih sebagai Ketua  Armada Bersatu bagi tempoh 2024-2027 selepas mengetepikan Akmal Zahin Zainal Zahir dengan perbezaan 170 undi. Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu, Abdul Azim Mohd Zabidi, berkata Muhammad Hilman memperoleh 1,888 undi, manakala Akmal Zahin dari Seputeh mendapat  1,718 undi. Naib Ketua Armada pula adalah Muhammad Faiz Rahmad yang memperoleh 1,790 undi, diikuti Izhar Shah Arif Shah (1,287) dan Ad Adib Shaharuddin (490). “Bagi Pengerusi Tetap Armada pula Muhamad Amerul Muhamad (1,799)…

Read More

‘Tak siapa peduli jika penjual kacang putih’

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Dr Mahathir Mohamad mendakwa kenyataan dibuat Presiden UMNO,  Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Julai 2017 berhubung ‘Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty’ mungkin tiada kesan jika beliau penjual kacang putih. Bagaimanapun Dr Mahathir berkata, sebagai bekas Perdana Menteri dan pemimpin politik kenyataan Ahmad Zahid itu mencalarkan reputasinya. “Jika saya penjual kacang putih di tepi jalan, tak siapa peduli, tetapi sebaliknya kenyataan Ahmad Zahid itu mencalarkan reputasi dan nama saya sebagai bekas Perdana Menteri dan pemimpin politik. “Dia tidak sepatutnya menipu, kata-katanya diambil serius oleh orang awam.…

Read More

Kaji paras ambang pendapatan T15

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Kerajaan sedang mengkaji paras ambang pendapatan bagi golongan T15 daripada RM13,000 ketika ini kepada RM15,000 hingga RM20,000, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, Beliau memberitahu, perkara itu sedang dikaji selepas ada pandangan yang menyatakan jumlah yang ditetapkan Jabatan Perangkaan (DOSM) itu terlalu rendah. Anwar berkata demikian pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini bagi menjawab soalan tambahan Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) mengenai pentafsiran T15 yang dibuat secara individu, termasuk oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli kerana masih tiada definisi jelas mengenainya. Perdana…

Read More

Israel haramkan UNRWA beroperasi

BAITULMAQDIS – Selepas lebih tujuh dekad memberikan bantuan dan sokongan, Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pelarian Palestin (UNRWA) diharamkan daripada beroperasi di Israel dan Baitulmaqdis timur yang diduduki. Parlimen Israel memutuskan pengharaman itu apabila penggubal undang-undang meluluskan rang undang-undang (RUU) itu dengan 92 undi menyokong dan 10 menentang, selepas bertahun-tahun kritikan keras Israel terhadap UNRWA. Tuduhan regim Zionis bahawa agensi bantuan PBB itu diperalatkan oleh kumpulan pejuang Islam semakin meningkat sejak permulaan perang di Gaza berikutan serangan Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober tahun lalu. Larangan ke atas agensi PBB…

Read More

Kelemahan antarabangsa dorong Israel

KAHERAH – Masyarakat antarabangsa didakwa gagal melindungi orang awam Palestin dan menghentikan perluasan perang serantau oleh Israel, kata Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit. Beliau yang bimbang berhubung tindakan Israel terhadap penduduk Gaza berkata, tiada tindakan global secara berterusan dan kesenyapan negara bersekutu dengan Israel menjadikannya pihak yang bersubahat dalam pencerobohan terhadap Gaza. Bercakap pada Forum Serantau Kesembilan Kesatuan untuk Mediterranean, yang diadakan di Barcelona, Aboul Gheit menyatakan bahawa kelemahan antarabangsa telah membolehkan Israel meningkatkan permusuhan serantaunya, menyebabkan penderitaan baharu untuk rakyat Lubnan yang kini turut dibedil. Beliau berkata…

Read More