Hilman idham Ketua Armada Bersatu

KUALA LUMPUR 29 Okt. –  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham dipilih sebagai Ketua  Armada Bersatu bagi tempoh 2024-2027 selepas mengetepikan Akmal Zahin Zainal Zahir dengan perbezaan 170 undi.

Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu, Abdul Azim Mohd Zabidi, berkata Muhammad Hilman memperoleh 1,888 undi, manakala Akmal Zahin dari Seputeh mendapat  1,718 undi.

Naib Ketua Armada pula adalah Muhammad Faiz Rahmad yang memperoleh 1,790 undi, diikuti Izhar Shah Arif Shah (1,287) dan Ad Adib Shaharuddin (490).

“Bagi Pengerusi Tetap Armada pula Muhamad Amerul Muhamad (1,799) dan Muhammad Aiman Afiq Abdul Majid (1,789). Naib Pengerusi Tetap Armada, Mohd Firdaus Mohd Zaini (1,867),” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Abdul Azim berkata, sejumlah 111 Armada Bahagian bersidang dan berdasarkan jumlah kertas undi yang diterima pada pemilihan Armada pusat jumlah kehadiran adalah 42 peratus daripada jumlah perwakilan yang layak hadir iaitu, 9,076 orang.

“JPP turut menerima sejumlah 27 aduan dan bantahan antaranya berkaitan peraturan persidangan, tatacara pemilihan, prosedur pengeluaran kertas undi, keabsahan perwakilan dan prosedur pengiraan undi,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Hilman ketika ditemui pemberita berkata, misinya adalah untuk memperkukuhkan Armada dan berusaha memenangkan Bersatu dalam pilihan raya.

Ditanya mengenai kerjasama dengan Akmal Zahin, beliau berkata mereka akan berjuang bersama-sama sebagai satu keluarga yang besar.

“Peranan kami masing-masing adalah untuk menang dalam pilihan raya dan setiap ahli dalam Bersatu adalah aset untuk membawa kekuatan untuk kita menang,” katanya.

Related posts

Leave a Comment