KAHERAH – Sekurang-kurangnya 35 maut manakala puluhan kakitangan perubatan ditahan selepas tentera Israel memusnahkan semua hospital dan hampir keseluruhan utara Gaza, memusnahkan semua hospital dan hampir keseluruhan utara Gaza.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, tentera Israel hanya berundur dari kompleks hospital di utara Gaza semalam, sehari selepas menyerangnya habis-habisan dan menahan puluhan kakitangan perubatan lelaki serta beberapa pesakit.
Marwan Al-Hams dari Kementerian Kesihatan, berkata, sekurang-kurangnya 44 daripada 70 anggota pasukan perubatan di hospital ditahan oleh tentera, kemudian 14 daripada mereka, termasuk pengarah hospital dibebaskan.
Katanya, sekurang-kurangnya dua kanak-kanak meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) selepas tembakan Israel memusnahkan generator dan stesen oksigen di kemudahan itu pada Jumaat.
Sebelum itu, kakitangan perubatan menolak arahan tentera Israel untuk mengosongkan hospital atau meninggalkan pesakit tanpa pengawasan kerana ramai dalam kalangan mereka berada dalam keadaan kritikal sehingga tidak boleh dialihkan.
“Ini kerana terdapat sekurang-kurangnya 600 orang berada di hospital, termasuk pesakit dan pengiring mereka, yang berkemungkinan besar nyawa mereka terancam jika cuba dipindahkan .
Keselamatan dan nyawa pesakit yang ditinggalkan di dalam Hospital Kamal Adwan tanpa kakitangan perubatan dan ubat-ubatan yang diperlukan kini dalam risiko,” katanya.
Pada Jumaat, tentera Israel menyerbu Hospital Kamal Adwan, satu daripada tiga kemudahan perubatan yang terus bergelut untuk beroperasi di kawasan itu.
Rakaman yang disebarkan oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kerosakan pada beberapa bangunan selepas tentera Israel berundur.
Jurucakap tentera Israel enggan memberi komen mengenai laporan hospital tetapi menyatakan mereka beroperasi di kawasan hospital berdasarkan maklumat ‘berkaitan kehadiran pejuang hamas dan infrastruktur pergerakan terbabit’ di situ.
Pada masa sama, agensi berita rasmi Palestin, WAFA turut melaporkan sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh dalam serangan udara Israel di beberapa rumah di Beit Lahiya, utara Gaza, namun tiada data rasmi jumlah yang terkorban.
Sementara itu, tentera Israel mendakwa, mereka melakukan ‘serangan bersasar menggunakan peluru tepat terhadap pejuang Hamas dalam struktur di kawasan Beit Lahiya di Semenanjung Gaza dan beberapa pejuang berjaya ditumpaskan dalam serangan itu’.
Dalam pada itu Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus merayu gencatan senjata segera dan melindungi hospital, pesakit dan petugas kesihatan di hospital.
(Foto screen short fb Tedros)
Nnnn
