PADANG RENGAS 27 Okt. – “Sebagai pemimpin, tingkatkan penguasaan bahasa”. Itu nasihat Anwar Ibrahim kepada. segelintir pemimpin yang mempersendakan beliau secara sinis dengan perkataan ‘ketimbang’ . Perdana Menteri juga menyifatkan segelintir Ahli Parlimen yang mempersendakan beliau berhubung perkataan ‘ketimbang’ diungkapkannya, sebagai bingung. “Saya pakai songkok senget pun dia marah, pakai baju Melayu dengan capal pun tak kena. Saya guna istilah baharu seperti ‘ketimbang’ pun dia bingung sikit… tidak faham. Kita jadi pemimpin, kita tingkatkan penguasaan bahasa. Dulu tiada mampan, saya perkenalkan. Tiada telus, saya perkenalkan. Tidak popular kesenjangan, kita popularkan.…
Read MoreDay: October 27, 2024
Kedah perlu pertahan sektor pertanian
ALOR SETAR 27 Okt. – Kedah perlu mempertahankan sektor pertanian khususnya padi yang sinonim dengan negeri itu, demi memastikan aspek keterjaminan makanan negara, kata Dr Mahathir Mohamad. Justeru, bekas Perdana Menteri itu mencadangkan The Greater Kedah yang dilancarkan hari ini meneruskan sektor pertanian khususnya penanaman padi dengan menggunakan pendekatan sistem perladangan komersial. Katanya, melalui pendekatan ini, pemilik sawah tidak lagi menanam padi secara bersendirian, sebaliknya berkumpul di dalam satu kelompok besar dengan projek diuruskan pakar pengurusan pertanian. “Pemilik pula akan kekal dengan pemilikan tanah yang dijadikan modal saham dalam aset…
Read MoreSiasat dakwaan anggur sisa kimia
PASIR PUTEH 27 Okt. – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menyiasat dan membuat pemeriksaan anggur import jenis ‘Shine Muscat’ yang dikatakan mengandungi sisa kimia berbahaya seperti didakwa agensi Thailand. Menteri, Mohamad Sabu, berkata pihaknya akan merujuk perkara itu kepada agensi berkaitan termasuk MARDI untuk membuat pengesahan seterusnya mengambil tindakan susulan sekiranya dakwaan itu benar. “Setakat ini kita tidak menerima aduan berhubung perkara ini. Pengesahan isu ini akan dibuat. “Kita amat teliti berhubung perkara ini kerana ia membabitkan soal kesihatan dan pemantauan berterusan akan dilakukan. Jika dikesan mengandungi bahan…
Read MorePenjelasan MCA mengenai kibaran bendera
Kibar bendera negara asing : Kenapa Palestin boleh, China tidak? Ada pihak yang mempersoalkan, kenapa bendera Palestin boleh dikibarkan di Malaysia, tetapi bendera negara China tidak boleh? Pertama sekali, adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab kepada setiap warga Malaysia agar taat setia kepada negara seiring prinsip Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara. Kedua, setiap warga negara Malaysia perlu memiliki jati diri dan semangat cintakan negara Malaysia. Bersusah payah nenek moyang kita berjuang bersama-sama memerdekakan negara daripada kuasa penjajah, kenapa pula hari ini kita hendak mengagung-agungkan negara lain selain negara…
Read MoreBerita pilihan…
Israel serang hospital di utara Gaza
KAHERAH – Sekurang-kurangnya 35 maut manakala puluhan kakitangan perubatan ditahan selepas tentera Israel memusnahkan semua hospital dan hampir keseluruhan utara Gaza, memusnahkan semua hospital dan hampir keseluruhan utara Gaza. Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, tentera Israel hanya berundur dari kompleks hospital di utara Gaza semalam, sehari selepas menyerangnya habis-habisan dan menahan puluhan kakitangan perubatan lelaki serta beberapa pesakit. Marwan Al-Hams dari Kementerian Kesihatan, berkata, sekurang-kurangnya 44 daripada 70 anggota pasukan perubatan di hospital ditahan oleh tentera, kemudian 14 daripada mereka, termasuk pengarah hospital dibebaskan. Katanya, sekurang-kurangnya dua kanak-kanak meninggal dunia di…
Read MoreDunia kutuk serangan Israel ke atas Iran
KUALA LUMPUR – Serangan udara Israel ke atas Iran terus mencetuskan kecaman global, menimbulkan kemarahan meluas serta desakan segera untuk gencatan senjata seterusnya menamatkan kitaran keganasan di Timur Tengah. Media melaporkan Israel melancarkan serangan terhadap ‘sasaran ketenteraan’ di Tehran pada awal Sabtu. Agensi Berita Republik Islam (IRNA) melaporkan Iran berjaya memintas serangan udara Israel yang menyasarkan pusat tentera di Tehran, wilayah barat Ilam dan wilayah barat daya Khuzestan, dengan hanya kerosakan terhad. Semalam, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan oleh rejim Zionis Israel ke atas negara berdaulat Iran, terutamanya di Tehran, Karaj,…
Read More