Hentikan amalan ‘umum dulu fikir kemudian’

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA – Muar) menggesa kerajaan menghentikan amalan ‘umum dulu, fikir kemudian’ dalam memperkenalkan dasar sehingga mencetuskan ketakutan dan kegelisahan dalam masyarakat. Beliau mengambil contoh, melalui Belanjawan 2025, kerajaan mengumumkan subsidi RON95 dan pendidikan akan ditarik daripada golongan T15, sedangkan klasifikasi golongan itu masih belum ditentukan. “Ini menyebabkan rakyat menggunakan garis pendapatan isi rumah yang yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan (DOSM) sebelum ini, yang turut digunakan bagi penyasaran subsidi diesel. “Ini masalah bila kita umum dulu, fikir kemudian kerana rakyat sudah dengar…

Read More

BN dah cakap tak mampu mansuh PTPTN

SEPANG 23 Okt. –  Isu pemansuhan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak boleh dilaksana menjadi pendirian Barisan Nasional (BN) sejak gabungan itu menerajui Kerajaan Persekutuan lagi. Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh berkata pendirian itu telah diperjelaskan sejak dahulu lagi, namun ramai yang tidak percaya malah mengutuk kerajaan ketika itu. “Kita dah cakap lama dah sejak dari zaman BN (jadi) kerajaan dulu. Tapi tak nak percaya, malah kutuk lagi kerajaan ketika itu dan berbakul Najib dimaki dan dihina,” katanya melalui Facebook, hari ini. Semalam, Timbalan…

Read More

Kenaikan gaji perlu disokong dasar kawalan harga

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Kenaikan gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 yang diumumkan pada Belanjawan 2025 perlu disokong dengan dasar dan tindakan kawalan harga yang jelas, kata Muhyiddin Yassin. Ahli Parlimen Pagoh dari Perikatan Nasional (PN) itu berkata, pelaksanaan kenaikan gaji minimum mempunyai kelebihan dan kekurangan. Katanya, pihak pekerja yang akan menerima manfaat kenaikan gaji, sudah pastilah gembira tetapi akan menjadi masalah jika majikan memindahkan kenaikan kos upah pekerja kepada pengguna dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan. “Semua ini tentunya memberi kesan kepada kuasa beli pengguna, apatah lagi ditambah…

Read More

Prof Diraja Dr Syed Muhammad Naquib

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan gelaran Profesor Diraja kepada tokoh intelek Islam,  Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas di Istana Negara. Syed Muhammad Naquib, 93, menerima pengiktirafan gelaran tertinggi dalam kalangan profesor itu berikutan jasa serta sumbangan beliau terhadap negara terutama dalam pendidikan Islam. Turut hadir menyaksikan majlis pengurniaan gelaran itu ialah Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan Menteri Pendidikan Tinggi, Dr Zambry Abdul Kadir. Syed Muhammad Naquib adalah pengasas Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) dan seorang tokoh pemikir peradaban Islam…

Read More