Cubaan bunuh kesilapan besar – Netanyahu

BAITULMAQDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, cubaan untuk membunuh beliau  dan isterinya adalah satu kesilapan besar.

Beliau dalam satu kenyataan mengingatkan sesiapa yang cuba mencederakan rakyat Israel akan menerima akibat daripada perbuatan itu,

Netanyahu menuduh kumpulan Hizbullah cuba membunuhnya apabila sebuah dron dilancarkan ke arah kediamannya di bandar Caesarea dalam kejadian, semalam.

Pejabat Netanyahu menyatakan, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan kerana pemimpin itu dan isterinya tidak berada di rumah ketika kejadian.

Situasi di Asia Barat semakin tegang selepas Israel berikrar untuk membalas serangan peluru berpandu daripada Iran.

Jurucakap tentera, Laksamana Muda Daniel Hagari, berkata sebuah dron mengenai bangunan di Caesarea, dalam cubaan untuk membunuh perdana menteri Israel itu.

Iran sebelum ini melancarkan 200 peluru berpandu ke arah musuh ketatnya sebagai tindak balas terhadap pembunuhan seorang jeneral Iran dan ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah.

Agensi pertahanan awam Gaza semalam, berkata operasi ketenteraan besar-besaran Israel membunuh lebih 400 orang dalam tempoh dua minggu di utara wilayah berkenaan, di mana Israel terus menyasarkan pejuang sambil berperang dengan Hizbullah di Lubnan.

Hizbullah berikrar untuk meningkatkan serangan ke atas Israel dengan melancarkan serangan roket ke utara Israel semalam, di mana anggota pasukan penyelamat melaporkan seorang lelaki terbunuh akibat terkena serpihan bom.

Hamas, Hizbullah, dan kumpulan yang disokong Iran di rantau itu berjanji untuk terus berperang selepas tentera Israel membunuh pemimpin gerakan Palestin, Yahya Sinwar di Gaza, lebih setahun selepas perang tercetus akibat serangan Hamas pada 7 Oktober 2023.

Nnn

Related posts

Leave a Comment