Bidaan NPI siri MADANI dibuka

PUTRAJAYA 20 Okt. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah membuka tawaran bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri MADANI dengan harga minimum bermula RM100, kata Ketua Pengarahnya,  Aedy Fadly Ramli. Beliau berkata tawaran itu dibuka melalui sistem JPJeBid semalam dan akan ditutup pada pukul 10 malam Rabu ini. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, keputusan bidaan dikeluarkan pada 24 Oktober dan nombor pendaftaran yang berjaya dibida mesti didaftarkan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat keputusan rasmi dikeluarkan. “NPI Siri MADANI merupakan inisiatif kerajaan dalam menyokong agenda MADANI Malaysia yang secara tidak…

Read More

“Saya serahkan impian 180 juta rakyat”

JAKARTA 20 Okt. – “Saya sampaikan kepada Bapak Presiden, saya serahkan seutuhnya impian, harapan, cita-cita besar dari 280 juta rakyat Indonesia kepada Bapak Presiden Jenderal TNI Purnawirawan Prabowo Subianto,” kata Joko Widodo. Presiden Indonesia ketujuh itu bercakap kepada wartawan di Lappangan Terbang Halim Perdana Kuauma sebelum berangkat pulang ke kampung halamannya, Solo setelah upacara serah tugas Presiden Indonesia kepada, Prabowo. “Tugas negara tugas yang sangat besar dengan seluruh persoalan-persoalan yang ada dengan seluruh keinginan-keinginan besar, cita-cita masyarakat yang sangat banyak sekali, tidak bisa semua kita kerjakan,” ujar Jokowi. Jokowi juga…

Read More

BN mampu menang lebih kerusi PRU-16

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh, kata Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata kejayaan itu juga boleh dicapai, sekiranya gabungan itu dapat terus memperkukuh semangat serta mengenepikan permasalahan sesama parti komponennya. “Kalau BN bekerja keras, strategi pilihan raya disusun dengan baik dan jika kita mengenepikan permasalahan kita sesama sendiri, walaupun di negeri pembangkang, BN masih boleh menang dengan cemerlang kalau ini dapat…

Read More

Prabowo angkat sumpah Presiden Indonesia

JAKARTA 20 Okt. – Bekas Jeneral, Prabowo Subianto 73 mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia yang kelapan di Parlimen hari ini. Beliau menggantikan Joko Widodo atau Jokowi yang sebelum ini mengetuai tampuk pemerintahan selama sedekad. Lafaz sumpah di hadapan anggota Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) juga dihadiri para tokoh nasional, pemimpin parti politik dan pihak kedutaan. Prabowo menang besar pada pusingan pertama undian Pilihan Raya Umum Indonesia, pada Februari lalu, dibantu oleh sokongan Gibran Rakabuming Raka sebagai calon naib presiden. Gibran, 37, adalah anak lelaki penyandang Widodo. Prabowo komited dengan dasar luar…

Read More

Belanjawan gembira sedikit, banyak dukacita

SEPANG 20 Okt. – Putra sedih dan kecewa apabila Belanjawan 2025 tidak mempunyai program khusus bagi menambah milik hartanah untuk Bumiputera setelah kaum  itu kehilangan lebih dari 50 peratus tanah rezab Melayu. Presidennya Dr Ibrahim Ali berkata, tidak ada program belanjawaan khusus yang agresif untuk intervensi bagi mengangkat ekonomi Bumiputera agar hala tuju dasar ekonomi ke arah pembahagian kek ekonomi negara seimbang dan adil. “Apakah selama lamanya kaum majoriti Bumiputera dilayan seperti kais pagi makan pagi. Di manakah dasar tindakan ke arah dasar samar rata untuk semua peringkat dan bukan…

Read More

Semua 5 mangsa perahu karam ditemukan

KUCHING 20 Okt . – Semua lima mangsa perahu lumba yang karam Jumaat lalu ditemukan lemas, di muara Sungai Sarawak, pagi ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, dua mayat ditemukan anggota JBPM berdekatan Baraj Sungai Sarawak pada pukul 6.16 pagi. “Mangsa ketiga juga ditemui di muara Sungai Sarawak pada jam 6.40 pagi, diikuti penemuan mangsa keempat oleh anggota Sarawak Coastguard  7.07 pagi manakala mangsa terakhir dikesan menerusi dron polis pada jam 7.09 pagi,” katanya. Lima mangsa terbabit ialah Mohammad Ikhmal Sama’ail, 34;…

Read More

Cubaan bunuh kesilapan besar – Netanyahu

BAITULMAQDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, cubaan untuk membunuh beliau  dan isterinya adalah satu kesilapan besar. Beliau dalam satu kenyataan mengingatkan sesiapa yang cuba mencederakan rakyat Israel akan menerima akibat daripada perbuatan itu, Netanyahu menuduh kumpulan Hizbullah cuba membunuhnya apabila sebuah dron dilancarkan ke arah kediamannya di bandar Caesarea dalam kejadian, semalam. Pejabat Netanyahu menyatakan, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan kerana pemimpin itu dan isterinya tidak berada di rumah ketika kejadian. Situasi di Asia Barat semakin tegang selepas Israel berikrar untuk membalas serangan peluru berpandu daripada Iran. Jurucakap tentera,…

Read More

73 lagi terbunuh serangan Israel

SEMENANJUNG GAZA: Sekurang-kurangnya 73 orang terbunuh dan puluhan yang lain cedera, dalam serangan udara Israel ke kawasan perumahan di Beit Lahia di utara wilayah itu yang didakwa ‘sasaran pejuang Hamas’. Menurut agensi pertahanan awam Gaza, anggota pasukan penyelamat  menemui 73 mayat syahid dan puluhan yang cedera dan masih ada mayat di bawah runtuhan bangunan selepas serangan itu. Bassal berkata, kediaman beberapa keluarga turut diserang pada Sabtu. Pejabat media kerajaan Gaza mengesahkan jumlah korban itu dengan mangsa yang terbabit terdiri wanita dan kanak-kanak tetapi tentera Israel mempertikaikan angka kematian yang diberikan…

Read More