Belanjawan gembira sedikit, banyak dukacita

SEPANG 20 Okt. – Putra sedih dan kecewa apabila Belanjawan 2025 tidak mempunyai program khusus bagi menambah milik hartanah untuk Bumiputera setelah kaum  itu kehilangan lebih dari 50 peratus tanah rezab Melayu.

Presidennya Dr Ibrahim Ali berkata, tidak ada program belanjawaan khusus yang agresif untuk intervensi bagi mengangkat ekonomi Bumiputera agar hala tuju dasar ekonomi ke arah pembahagian kek ekonomi negara seimbang dan adil.

“Apakah selama lamanya kaum majoriti Bumiputera dilayan seperti kais pagi makan pagi. Di manakah dasar tindakan ke arah dasar samar rata untuk semua peringkat dan bukan setakat B40 sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Menyifatkan Belanjawan 2025 sebagai belanjawan pi mai pi mai tang tu, beliau berkata, belanjawan gembira sedikit, dukacita banyak itu umpama  tarik kain ke bawah nampak pusat dan tarik ke atas nampak lutut.

Beliau berkata Belanjawan 2025 sepatutnya memberi perhatian untuk Bumiputera menambah milik hartanah terutama pemilikan lot kedai, lot dalam gedung, rumah kediaman dan apartmen di kawasan-kawasan strategik dalam semua bandar.

“Sepatutnya seperti saranan Biro Ekonomi Parti Putra,  Kerajaan menubuhkan Agensi Mengurus Dana RM100b untuk orang Melayu dan Bumiputera dapat membeli hartanah dengan cara pinjaman 100 peratus.

“Ini boleh dilaksanakan kerana hartanah nilainya tidak jatuh malah sentiasa meningkat dengan tinggi.

Orang Melayu dan Bumiputra sudah kehilangan lebih dari 50 peratus tanah rezab. Tanah adalah terhad (becoming less and less) dan ianya tidak boleh dibuat oleh manusia kecuali dari Allah SWT.

Kehilangan tanah menyebabkan kehilangan bumi tempat berpijak dan sekali gus kehilangan negara dari kaum asal kepada pendatang. Belajarlah dari sejarah,” katanya.

Putra juga dukacita kerana subsidi petrol RON 95 akan ditarik balik pada pertengahan tahun 2025 iaitu mungkin bulai Jun yang akan menyebabkan kos sara hidup meningkat dengan kenaikan harga barang-barang keperluan rakyat.

Katanya, kerajaan Madani mengguna perkataan rasionalisasi subsidi agar bunyinya sedap dan tidak gementar sedangkan perkataan lebih tepat dan mudah difahami adalah menarik balik atau memansuhkan subsidi.

Katanya, ungkapan subsidi dinikmati golongan kaya dan elit adalah alasan dan boleh dibahaskan, begitu juga membandingkan harga petrol dengan negara-negara lain yang tidak ada petrol atau minyak seperti Malaysia.

“Apakah tidak ada cara lain untuk mengatasi subsidi tidak dinikmati oleh golongan maha kaya dan elit. Tapi kerajaan Madani tidak berani melaksanakan GST, kekalkan dengan cukai SST. Kerajaan Madani takut pada siapa untuk laksanakan cukai GST?

Adakah nak melindungi golongan peniaga kaum tertentu yang menguasai ekonomi negara Malaysia. Apa bezanya dengan golongan maha kaya dan elit yang di kemundangkan siang dan malam,” tanya Ibrahim.

Hakikatnya, kata Ibrahim, belanjawan Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan sebenarnya Mendukacitakan Rakyat iaitu indah khabar dari rupa walaupun

ada berita cadangan yang dialu-alukan tetapi umpama memberi dengan tangan kiri  kepada rakyat tetapi ambil dengan tangan kanan dari rakyat.

“Akhirnya rakyat mengeluh tak sudah dan peluh di dahi keluar tanpa senaman,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment