AMMAN – Pembinaan semula Gaza mungkin mengambil masa 80 tahun jika pasukan pendudukan Israel meneruskan serangan ke atas wilayah itu, menurut pakar perumahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Balakrishnan Rajagopal. Menurut laman sesawang rasmi PBB, Rajagopal, penyiasat bebas badan dunia itu yang memantau hak untuk perumahan yang mencukupi melaporkan bahawa menjelang Januari 2024, antara 60 hingga 70 peratus rumah di Gaza telah musnah. Wilayah utara menghadapi kadar kemusnahan yang lebih tinggi iaitu 82 peratus dan keadaan bertambah buruk, terutamanya di utara Gaza, di mana kemusnahan hampir mencecah 100 peratus. Laporan terkini…
Read MoreDay: October 19, 2024
Dua laluan DRT Sri Rampai, Melati
PUTRAJAYA 19 Okt. – Kemudahan van untuk anak-anak ke sekolah dari stesen tren terpilih dengan bayaran 50 sen sehala seperti diumumkan Belanjawan 2025 akan dilaksanakan menerusi perkhidmatan Transit Responsif Atas Permintaan (DRT). Menerusi kenyataan, Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan, DRT akan menjadi mod pengangkutan awam alternatif kepada pelajar sekolah bagi mengurangkan kos pengangkutan dan memberi kemudahan pergi balik sekolah. “Melalui inisiatif ini, dua laluan bagi ujian rintis DRT telah dikenal pasti. Stesen terbabit ialah di LRT Sri Rampai dan LRT Melati. “Impak pelaksanaan akan meringankan beban kewangan ibu bapa dengan pengenalan…
Read MoreProses sijil halal kini 15 hari
KUANTAN 19 Okt. – Tempoh memproses pensijilan halal dipendekkan kepada 15 hari bekerja berbanding 23 hari sebelum ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata penambahbaikan itu bertujuan merancakkan industri halal negara berikutan sebelum ini, tempoh permohonan sijil halal mengambil masa agak lama hingga sembilan bulan. “Ketika ini, tempoh memendekkan proses sijil halal daripada 23 hari kepada 15 hari dalam tempoh percubaan dan sedang berjalan. Dulu sembilan bulan, kita kurangkan kepada enam bulan dan tiga bulan. Daripada tiga bulan, saya minta kepada 23 hari dan ia sudah…
Read MoreBerita pilihan…
Israel mahu tukar mayat dengan tebusan?
TEL AVIV – Jasad Yahya Sinwar yang dibunuh oleh rejim Zionis pada Rabu lalu kini disimpan di sebuah lokasi rahsia di selatan Gaza yang mungkin digunakan sebagai ‘alat tawar-menawar’ untuk pertukaran bagi membebaskan tebusan Israel. Media melaporkan, keutamaan Israel kemungkinan adalah memastikan pembebasan tebusan dalam menentukan cara memanfaatkan jasad tokoh yang dituduh oleh Israel sebagai dalang serangan pengganas pada 7 Oktober tahun lalu. Pihak berkuasa Israel sedang menimbang cara untuk ‘mewujudkan tekanan secara mendesak’ ke atas Hamas supaya melepaskan lebih 100 tebusan yang masih berada dalam tahanan di Gaza. “Jika…
Read MoreKem Jabalia diserang lagi, 33 maut
KAHERAH – Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh manakala puluhan yang lain cedera dalam serangan Israel yang menggunakan taktik kepung dan serang menyasarkan beberapa kediaman di dataran di Jabalia. Ia menjadi sasaran serangan terbesar daripada lapan kem pelarian di Gaza di mana tentera menggunakan kereta kebal meletupkan jalan dan rumah ketika mereka semakin mara ke wilayah itu. Sementara itu, agensi berita rasmi Palestin WAFA melaporkan antara yang terbunuh itu sekurang-kurangnya 20 adalah wanita dan kanak-kanak mankala menurut pegawai perubatan pula, sekurang-kurangnya 50 orang yang lain cedera. Sebelum serangan baharu itu, Kementerian Kesihatan…
Read More