KK Wai kekal Pengerusi DAP Wilayah KL

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai kekal sebagai Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi penggal 2024 hingga 2026, hari ini.

Pada pemilihan sempena Konvensyen Biasa Negeri DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024 di sini, Kok Wai memperoleh 179 undi

Turut mengekalkan jawatan ialah Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun dengan 137 undi sebagai Timbalan Pengerusi manakala Naib Pengerusi disandang Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh (180) dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (121).

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, yang menerima undian tertinggi sebanyak 191 undi, meneruskan tugasnya sebagai Setiausaha Negeri manakala Yap Yee Vonne, dengan 189 undi, kekal sebagai Penolong Setiausaha.

Fong Kok Seng pula dilantik Bendahari bagi menggantikan Leong Ooi Yee. Pada penggal lalu, Kok Seng adalah ahli jawatankuasa bagi DAP Wilayah Persekutuan.

Lim Ching How, yang menduduki tempat ke-13 bagi pemilihan jawatan itu, dipilih sebagai Penolong Bendahari manakala jawatan Setiausaha Organisasi dipegang oleh Lee Bing Hong, yang sebelum ini sebagai Penolong Setiausaha Organisasi.

Sementara itu, Lai Chun Chian dan Choo Chen Leece dilantik sebagai dua Penolong Setiausaha Organisasi baharu selepas  masing-masing mendapat undian 141 dan 153 undi.

Teoh Kheng Yaik, yang memperoleh 166 undi, kekal sebagai Setiausaha Publisiti negeri, dengan Diccam Lourdes yang memperoleh 148 undi sebagai Penolong Setiausaha Publisiti .

Khairil Khalid pula dilantik sebagai Pengarah Pendidikan Politik, menggantikan Wan Hamidi, sementara Sangeet Kaur Deo mengetuai Biro Undang-undang.

Ahli jawatankuasa termasuk Lan Suet Ling, Paramasivam Govindasamy dan Sian Keng Eng.

Related posts

Leave a Comment