KOTA TINGGI 11 Okt. – Tiga kertas kerja berkaitan GISB Holdings Bhd (GISB) akan dibentangkan pada hari kedua Persidangan Dewan Rakyat yang bermula Isnin ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.
Beliau berkata kertas kerja itu masing-masing akan dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri.
“Mungkin menteri agama akan bentang dari aspek akidah, Menteri Dalam Negeri dari segi pelanggaran undang-undang dan Nancy akan bercakap tentang isu yang berlaku serta bantuan kepada yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Karnival Literasi Undang-Undang di sini, hari ini.
Azalina berkata selepas pembentangan, kertas kerja berkenaan akan dibahaskan oleh Ahli Parlimen. KOTA TINGGI 11 Okt. – Tiga kertas kerja berkaitan GISB Holdings Bhd (GISB) akan dibentangkan pada hari kedua Persidangan Dewan Rakyat yang bermula Isnin ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.
Beliau berkata kertas kerja itu masing-masing akan dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri.
“Mungkin menteri agama akan bentang dari aspek akidah, Menteri Dalam Negeri dari segi pelanggaran undang-undang dan Nancy akan bercakap tentang isu yang berlaku serta bantuan kepada yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Karnival Literasi Undang-Undang di sini, hari ini.
Azalina berkata selepas pembentangan, kertas kerja berkenaan akan dibahaskan oleh Ahli Parlimen.
“Ini sangat penting (kerana) dalam komen media sosial, ada yang (menyatakan) seolah-olah kerajaan bertindak berlebihan (over react) dan saya melihat Ahli Parlimen sebagai wakil rakyat dan yang terbaik untuk membahaskan pandangan mewakili rakyat dalam hal ini.
Saya harap semua Ahli Parlimen dapat berikan pendapat, pandangan dan cadangan,” katanya.
Menurut Azalina perbahasan itu juga akan menentukan sama ada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan isu GISB perlu diwujudkan atau tidak.
Sementara itu, Azalina memaklumkan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) adalah mencukupi namun pemakaian Seksyen 19 akta berkenaan tidak digunakan sebaik mungkin.
“Pada saya undang-undang jenayah seksual kanak-kanak, berkenaan seksyen dengan keterangan kanak-kanak dalam mahkamah agak mencukupi, isu sekarang itu ialah pemakaiannya.
“Seksyen 19 adalah sebagai pemakaian utama iaitu tidak melaporkan, yang mana ada orang sekeliling tidak melaporkan dan ia ialah satu kesalahan dalam akta jenayah seksual kanak-kanak,” katanya.
Sementara itu, di PUTRAJAYA, Saifuddin Nasution berkata,. kenyataan tersebut akan menjadikan Parlimen sebagai platform bagi rakyat untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan mengenai GISB secara sahih
“Ia adalah peluang bagi Ahli Parlimen untuk mengikuti dan kemudian berbahas, kerana menurut aturan, pembentangan bajet akan diadakan pada Jumaat, diikuti dengan perbahasan pada minggu berikutnya,” katanya dalam sesi libat urus dan ramah mesra bersama ketua pengarang media di sini hari ini.
Saifuddin Nasution menegaskan bahawa siasatan polis mengenai isu GISB dijalankan berlandaskan undang-undang yang berlaku di negara ini
