LANGKAWI 5 Okt. – Lima daerah di negeri ini – Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda dijangka bakal berdepan fenomena air pasang besar selama tiga hari bermula 18 oktober ini.
Menerusi perkongsian di Facebook, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kedah memaklumkan banjir berpotensi berlaku sekiranya terdapat pertembungan air pasang, angin kencang dan hujan lebat pada satu masa.
“Di Langkawi membabitkan Kampung Bakau Kelibang, selain itu Kampung Kuala Kerpan, Kuala Jerlun dan Kuala Sanglang (Kubang Pasu), Jeti Kuala Kedah, Jeti Nelayan Seberang Kota, Taman Sri Putra dan Sri Pantai (Kota Setar).
Daerah Yan pula membabitkan Kampung Kuala Raga, Kuala Sala, Kuala Sungai Yan Kechil, diikuti Kampung Paya, Huma, Sungai Yu, Bukit Kechik, Kepala Tanjung, Tukang Jusoh dan Sungai Meriam (Kuala Muda),” katanya.
Pada 18 Oktober, bacaan paras air laut tertinggi dijangka mencecah tiga meter (m) pada pukul 1.01 pagi, manakala 1.10 tengah hari menurun kepada 2.8m dan berada pada paras 0.9m pada 10 malam.
Bacaan paras air laut pada 19 Oktober pula diramalkan 0.31m pada jam 1.33 pagi, diikuti 2.7m jam 1.50 tengah hari dan 0.6m jam 10.33 malam.
Pada hari terakhir (20 Oktober), bacaan paras air laut adalah 3m jam 2.05 pagi, manakala paras dijangka menurun kepada 2.5m jam 2.30 petang dan seterusnya mencecah 0.8m jam 9.03 malam
