Empat premis GISBH diserbu

TANJONG 21 Sept. – Empat premis termasuk rumah jagaan disyaki berkaitan dengan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) di sekitar daerah Seberang Perai, dekat sini, diserbu pihak berkuasa hari ini. Premis terbabit adalah Rumah Jagaan Harapan Al Mahabbah, Bagan Buaya, Changkat Nibong Tebal; Pusat Jagaan Kanak-kanak Rumah Permata Kasih Taman Seri Mengkuang, Kubang Semang; Kedai Kek Dan Roti Ikhwan Bandar PERDA dan Ikhwan BP Mart, Bandar PERDA, Bukit Mertajam. Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abd Hamid berkata hasil serbuan itu enam buku atau kitab disyaki…

Read More

Hamzah tanding Timbalan Presiden Bersatu

KUALA LUMPUR 21 Sept. – Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada bulan depan. Seorang pegawai Hamzah membuat pengesahan itu selepas menghantar borang pencalonan bagi pihak Ahli Parlimen Larut itu di Ibu Pejabat Bersatu, pada pukul 11 pagi ini. Hamzah, yang menyandang jawatan Setiausaha Agung bagi penggal 2020-2023, akan bertanding untuk jawatan yang kini disandang oleh  Ahmad Faizal Azumu. Ahmad Faizal difahamkan akan bertanding bagi jawatan Naib Presiden, memberi laluan kepada Hamzah untuk merebut jawatan Timbalan Presiden, susulan keputusan yang…

Read More

Sultan Selangor ingatkan jangan jadi ‘tin kosong’

SHAH ALAM 21 Sept. – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, menitahkan semua pihak terutama pihak berkuasa agama mengambil tindakan segera, tegas dan tanpa kompromi berhubung tindak tanduk berkait Global Ikhwan Service and Business Holdings Sdn Bhd (GISBH). Baginda yang menyatakan rasa kesal, kecewa dan dukacita  dengan apa yang dilaporkan bertitah, demi memelihara kesucian agama Islam, perkara itu perlu dipandang serius terutama apabila membabitkan kanak-kanak dan ajaran sesat yang disyaki diamalkan oleh mereka. “Beta tidak mahu kita hanya diumpamakan ‘tin kosong’, yakni hanya pandai bercakap tetapi tiada hasilnya. Kita hendaklah…

Read More

Sindiket ‘gadis kalung bunga’ tumpas

KUALA LUMPUR 21 Sept. – Jabatan Imigresen (JIM) berjaya menumpaskan sindiket ‘gadis kalung bunga’ dengan menahan 93 orang termasuk 78 wanita waga asing dalam serbuan di dua premis perniagaan sekitar ibu negara, semalam. Operasi yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi) Jafri Embok Taha, itu bermula pukul 9 malam hasil risikan oleh pasukan operasi di dua premis perniagaan di Bandar Manjalara Kepong dan Bukit Bintang. Menurut Unit Komunikasi Korporat JIM, modus operandi sindiket adalah menyediakan perkhidmatan perempuan warganegara asing dengan kalungan bunga yang mempunyai harga berbeza. Pelanggan akan diberi pilihan…

Read More

Jatuhkan kerajaan secara demokrasi

KLUANG 21 Sept. – Perikatan Nasional (PN) hanya akan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan melalui saluran demokrasi dan ia perlu dimulakan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota. Pengerusinya, Muhyiddin Yassin mendakwa kerajaan hari ini gusar dan takut ‘ditumbangkan’ dan ia menjadi punca beliau diheret menghadapi dakwaan di mahkamah berkait ucapannya sebelum ini. Justeru tegas beliau, manifestasi penolakan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) wajar dimulakan dengan memenangkan calon PN, Mohamad Haizan Jaafar pada 28 September ini. “Dia (Kerajaan Perpaduan) gusar. Apa salah saya? Apa yang takut dengan…

Read More

Komander kanan Hezbollah terbunuh

BEIRUT: Pasukan pejuang Hezbollah mengesahkan komander kanannya, Ibrahim Aqil, terbunuh dalam serangan Israel pada Jumaat tetapi tidak menjelaskan secara terperinci kematiannya. Terdahulu, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa, Ibrahim adalah antara pegawai tertinggi yang terbunuh pada Jumaat dalam serangan udara ke atas bangunan kediaman di pinggir selatan Beirut. Mereka mendakwa beberapa pemimpin kanan lain pergerakan Lubnan itu turut maut dalam serangan udara di Beirut pada Jumaat, ketika IDF berikrar meneruskan operasi sehingga dapat mengamankan kawasan sekitar sempadan Lubnan. Letupan itu merosakkan tingkat bawah bangunan ketika Ibrahim bertemu dengan komander-komander tertinggi lain…

Read More

Segerakan gencatan senjata

NEW YORK – Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menggesa gencatan senjata segera di Gaza untuk menamatkan pembunuhan dan kecederaan terhadap kanak-kanak. Timbalan Pengarah Eksekutif UNICEF, Ted Chaiban berkata, langkah itu juga membolehkan penghantaran segera bantuan menyelamatkan nyawa yang sangat diperlukan. Dalam taklimat media mengenai misinya ke Israel, Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, Chaiban memberitahu skala kemusnahan dan penderitaan kanak-kanak telah meningkat dengan ketara. Jumlah keseluruhan individu yang terpaksa berpindah meningkat daripada 1.7 kepada 1.9 juta orang. Beliau juga menekankan keperluan untuk penyelesaian politik yang dirundingkan, yang mengutamakan hak dan kesejahteraan…

Read More