Rombongan 68 penjawat awam ke Berlin batal

PUCHONG 20 Sept. – Anwar Ibrahim mengarahkan rombongan 68 penjawat awam untuk menghadiri pameran kecil di Berlin, Jerman dibatalkan. walaupun tiket penerbangan dan hotel bagi semua penjawat awam itu sudah disediakan.

Perdana Menteri berkata, tiada keperluan untuk rombongan penjawat awam sebanyak itu hanya untuk menghadiri pameran kecil.

Katanya, langkah itu adalah sebahagian tindakan transformasi yang perlu dilakukan terhadap kementerian, agensi serta jabatan kerajaan hari ini secara berterusan.

“. Dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lalu, kita mengambil keputusan tegas untuk semua syarikat dan agensi kerajaan. Walaupun lembaga (pengurusan) berkuasa tetapi kadang-kala keputusan itu memihak kepada mereka.

Oleh itu semua projek baharu, lawatan ke luar negara mesti dirujuk kepada Ketua Setiausaha atau Ketua Pengarah dan diluluskan oleh menteri berkenaan, supaya yang ada akhirnya bertanggungjawab secara langsung.

“Keterlanjuran ini umpamanya ada pesta pameran kecil di Berlin tetapi saya lihat dari kakitangan kementerian dan agensi berkenaan, seramai 68 yang mendaftar yang pergi,” katanya selepas selesai menunaikan solat Jumaat bersama kariah Masjid Darussalam Puchong, di sini hari ini.

Katanya, beliau harus bertegas kerana rombongan ke luar negara adalah membabitkan duit rakyat.

“Pembatalan melalui keputusan tegas ini akan menjadi mesej yang jelas (iaitu) menteri mesti membentangkan kepada Jemaah Menteri dan biasanya kita akan membuat pemotongan kakitangan (rombongan), jika tak perlu atau tangguh untuk menjimatkan belanja,” katanya.

Tambah Anwar, dalam mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan Ketua Setiausaha Kementerian semalam turut menzahirkan ketegasan yang sama.

“Majoriti penjawat awam memahami dan menyokong. Pelanggaran sebegini tidak boleh diizinkan,” katanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment