Anwar cabar bawa usul tidak percaya

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Anwar Ibrahim mencabar pembangkang menghantar usul undi tidak percaya terhadap beliau pada Sidang Dewan Rakyat Oktober ini, bukan sewenang-wenangnya menggesanya untuk melepaskan jawatan. Perdana Menteri berkata pembangkang perlu mengikut undang-undang melalui usul di Dewan Rakyat. “Ada 30 orang suruh Anwar turun. Ingat negara dia tak ikut hukum. Nak turunkan sila, saya beri jaminan, ada usul sidang Parlimen pertengahan Oktober (14 Oktober). Bawa usul undi tidak percaya kepada Anwar sebagai Perdana Menteri.. sempat, kalau lambat pun saya luluskan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan…

Read More

Tidak ada faedah kemuka cadangan draf baharu

KLUANG 20 Sept. – “Sudah dua tahun buat rundingan… berapa banyak dah perbincangan dibuat? Kamu tak perlu bincang kalau nak bagi… bagilah,” kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin. Muhyiddin berkata, kerajaan perlu berlapang dada untuk tidak mendesak Ahli Parlimen PN dengan meletakkan beberapa syarat yang tidak masuk akal semata-mata mahu menyalurkan peruntukan. Justeru beliau mengulangi pendirian PN akan menolak memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang sekali pun ada cadangan draf baharu dikemukakan kepada kerajaan. Ini kerana pihaknya tidak yakin dengan cadangan dikemukakan pembangkang itu akan diterima…

Read More

Rombongan 68 penjawat awam ke Berlin batal

PUCHONG 20 Sept. – Anwar Ibrahim mengarahkan rombongan 68 penjawat awam untuk menghadiri pameran kecil di Berlin, Jerman dibatalkan. walaupun tiket penerbangan dan hotel bagi semua penjawat awam itu sudah disediakan. Perdana Menteri berkata, tiada keperluan untuk rombongan penjawat awam sebanyak itu hanya untuk menghadiri pameran kecil. Katanya, langkah itu adalah sebahagian tindakan transformasi yang perlu dilakukan terhadap kementerian, agensi serta jabatan kerajaan hari ini secara berterusan. “. Dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lalu, kita mengambil keputusan tegas untuk semua syarikat dan agensi kerajaan. Walaupun lembaga (pengurusan) berkuasa tetapi…

Read More

Kepercayaan dalam GISBH ada unsur ajaran sesat

KANGAR 20 Sept. – Mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan kepercayaan dan ajaran dalam  Global Ikhwan Service and Business Holdings Sdn Bhd (GISBH) mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah. Ia menjadikan Perlis negeri pertama mengisytiharkan organisasi berkenaan sebagai kumpulan ajaran sesat. Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata fatwa dikeluarkan selepas menerima bukti meyakinkan untuk jawatankuasa berkenaan yang bermesyuarat hari ini memutuskan bahawa organisasi berkenaan sesat. “Unsur ajaran batiniah itu adalah kesinambungan daripada ajaran al-Arqam yang difatwakan sesat. Setelah jawatankuasa berbincang, diputuskan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd yang…

Read More

Dua kenderaan MALBATT diserang

KUALA LUMPUR 20 Sept. –  Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Bahagian Risikan dan Komunikasi Strategik Pertahanan mengesahkan dua kenderaan Batalion Malaysia (MALBATT 850-11) di Lubnan terbabit insiden serangan kelmarin. Dalam satu kenyataan, kenderaan yang diatur gerak dalam misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) itu terbabit dalam serangan oleh sekumpulan orang awam pukul 5.32 petang waktu tempatan (11.32 malam waktu Malaysia). Insiden berlaku ketika dua kenderaan ‘Fitted For Radio’ (FFR) MALBATT 850-11 yang dinaiki tiga pegawai dan tujuh anggota dalam perjalanan pulang ke Kem Marakah sebaik selesai melaksanakan penugasan di…

Read More

GISBH minta tunggu hasil siasatan

SEPANG 20 Sept. – Semua pihak diminta menunggu hasil siasatan pihak berkuasa berhubung penahanan pemimpin kanan GISB Holdings (GISBH) termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan isterinya semalam. GISBH dalam kenyataan di Facebook, berkata mereka turut menghormati tugas dijalankan pihak berkuasa yang berlandaskan keadilan undang-undang. “Kami sedia maklum bahawa pengerusi, CEO dan beberapa kepimpinan GISBH kini ditahan pihak berkuasa berhubung isu GISBH. Justeru kami memohon kerjasama daripada semua pihak dan doa supaya kekusutan serta kesulitan ini terlerai dengan segera agar keadilan untuk semua pihak ditegakkan,” katanya. Media melaporkan, pengerusi yang juga…

Read More

UK gesa rakyatnya tinggalkan Lubnan

LONDON – United Kingdom (UK) menggesa rakyatnya untuk meninggalkan Lubnan dalam waktu yang terdekat susulan ketegangan di negara itu semakin meningkat dan situasi mampu memburuk dengan pantas. Dalam satu kenyataan di X, Setiausaha Luarnya, David Lammy berkata,  rakyat UK boleh mendapatkan nasihat perjalanan di laman web rasmi kerajaan. Lammy sebelum itu menghubungi rakan sejawatnya dari Lubnan, Najib Mikati dan menyatakan kebimbangan mendalam mengenai peningkatan ketegangan dan jumlah mangsa penduduk awam di Lubnan. Beliau turut membincangkan keperluan untuk rundingan bagi mengembalikan kestabilan dan keselamatan di kawasan sempadan antara Israel dan Lubnan.…

Read More

Kelui, walkie talkie dilarang masuk pesawat

BEIRUT – Sehari selepas dua gelombang letupan peranti berlaku di seluruh Beirut, Direktorat Umum Penerbangan Awam Lubnan melarang alat kelui dan walkie-talkie dalam penerbangan. Dalam satu kenyataan, direktorat itu telah mengarahkan syarikat penerbangan yang beroperasi di Lapangan Terbang Rafic Hariri untuk memaklumkan kepada penumpang bahawa alat kelui dan walkie-talkie dilarang dalam penerbangan. Larangan itu terpakai untuk bagasi yang didaftar masuk dan barangan dibawa masuk ke dalam kabin, dan pihak berkuasa memberi amaran bahawa mana-mana peranti sebegitu akan dirampas. Sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh dan 3,250 lagi cedera pada Selasa dan Rabu…

Read More